Sanusi, Shukri,Samsuri & Sudin - SG4 Semua Gagal
Kalau dengar nama SG4 memang stylo lah juga, apatah lagi bila dianjurkan Sidang Kemuncak SG4 tu terbayangkan hebatnya seperti Sidang Kemuncak NATO, Sidang Kemuncak G7, Sidang Kemuncak Negara Negara Berkecuali atau Sidang Kemuncak Negara Negara ASEAN. Bertapa bertuahnya Malaysia apabila munculnya idea geliga ular para walaun untuk mengadakan Sidang Kemuncak SG4 membabitkan Negeri, Kedah, Perlis dan Terengganu dan Kelantan.
Mudahnya negeri negeri yang terlibat adalah di bawah pemerintahan parti PAS dengan menampilkan empat orang Menteri Besar. Secara kebetulan atau memang dirancang kesemua nama mereka bermula dengan huruf “S” sebagai panggilan manja. Sanusi di Kedah, Shukri di Perlis, Syamsuri di Terengganu dan Sudin di Kelantan.
“G” pula sesuai ditakrifkan sebagai “GAGAL” kerana itulah pencapaian dan persepsi di kalangan rakyat samada dari sudut ekonomi, sosial, agama dan politik. Negeri manakah yang hanya terpaksa bergantung kepada Kerajaan Pusat untuk membayar gaji kakitangan awam dan sentiasa merenget macam kanak kanak ribena wang ehsan petrolem? Negeri mana yang mempunyai masalah bekalan air bersih secara serius? Negeri mana yang mempunyai kadar penagihan dadah dan gejala sosial yang paling membimbangkan?
Malahan ada dua kepimpinan utama di kalangan SG4 sedang terpalit dengan skandal penyelewengan dan berhadapan dengan kes di mahkamah. Paling melucukan mereka melantik Dr Mahathir sebagai Penasihat SG 4 yang pernah mereka gelar dengan pelbagai gelaran seperti Mahafiraun.
Tiada resolusi yang meyakinkan rakyat untuk menghapus stigma “GAGAL”kecuali usaha untuk menjarah bumi dalam eksplorasi Nadir Bumi yang kononnya akan menjadikan sumber kekuatan ekonomi. Cuma adakah negeri yang mempunyai sumber akan berkongsi kekayaan mereka? Sudah ada kedengaran ketidakpuasan hati dan semangat kenegerian yang tidak dapat di pisahkan. Apa hal nak kongsi kongsi-kongsi…hahahaha…!
Soal kekayaan ni bukan mudah nak pakat pakat, tamak Pak Lebai ni bukan kaleng kaleng sebab itulah tiada suatu negeri pun di kalangan empat negeri SG 4 memilih Menteri Besar di kalangan pemimpin parti BERSATU walaupun pemimpin parti BERSATU lah yang terpaksa berabis duit mengeluarkan modal membiayai pilihanraya dengan membeli undi.
Malah lebih malang lagi bukan sahaja tidak mendapat satu pun jawatan sebagai Menteri Besar di negeri negeri SG4 tetapi pemimpin parti BERSATU berhadapan pula dengan siasatan skandal Jana Wibawa dan di dakwa yang dikaitkan dengan dana yang telah digunakan ketika PRU ke 15.
Pemimpin PAS ingin menunjukkan setiakawan yang kuat di kalangan mereka dengan menubuhkan SG4 bak kata pepatah “Terapung sama hanyut, terendam sama basah”. Tetapi nampaknya PAS akan hanyut ke kumbah najis dan terendam basah dalam kolam taik akibat kegagalan .
Pedas Berapi
Anak Cili.
Apa Reaksi Anda?











