Gelombang Biru Bakal Buktikan Rakyat Lebih Percaya Rekod BN

Oleh : BARD
September 15, 2025 - 12:00 MYT
Gelombang Biru Bakal Buktikan Rakyat Lebih Percaya Rekod BN

Program Gelombang Biru 21 September nanti akan membuktikan bahawa rakyat lebih percaya kan rekod Barisan Nasional (BN) bertanding retorik Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Ketua Pemuda BN Sabah, Sufian Abdul Karim berkata, laporan awal Ilham Centre mengenai situasi PRN Sabah tidak mencerminkan realiti hidup rakyat di negeri itu.

“Saya mengambil maklum laporan awal Ilham Centre berhubung PRN Sabah ke-17. Dari sudut sains politik, kajian itu kelihatan akademik di atas kertas, tetapi langsung tidak mencerminkan realiti hidup rakyat Sabah.

“Realitinya, rakyat Sabah semakin muak dengan pentadbiran GRS yang sarat dengan skandal rasuah, kronisme dan kegagalan dasar. Kajian boleh melakar graf dan teori, tetapi ia tidak mampu menutup kegagalan nyata sebuah kerajaan yang hanya sibuk menjaga kedudukan, bukan menjaga rakyat.

“Mengangkat GRS sebagai kuat hanya kerana faktor personaliti calon adalah bacaan yang terlalu dangkal. Jika benar personaliti sudah mencukupi, sudah tentu Sabah hari ini makmur. Hakikatnya, rakyat setiap hari berdepan kos sara hidup yang menekan, ekonomi yang lembap, dan pentadbiran GRS yang penuh konflik serta tercalar dengan isu integriti.

“BN Sabah tidak tergugat dengan laporan seperti ini. Sejarah membuktikan BN membawa pembangunan sebenar, bukan skandal,” katanya menerusi satu kenyataan.

Ujarnya, rakyat kini sudah mampu membezakan antara teori retorik dan realiti politik di Sabah pada ketika ini.

“Gelombang Biru 21 September nanti akan membuktikan bahawa rakyat lebih percaya kepada rekod BN berbanding retorik GRS atau angka-angka kosong di kertas laporan.

“GRS boleh sembunyi di balik laporan kajian, tapi rakyat nampak jelas kegagalan dan skandalnya. Malah, rakyat kini hanya ketawa kerana mampu membezakan antara teori lucu Ilham Centre dengan realiti hidup mereka setiap hari,” katanya lagi. 

Sumber

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow