Pelbagai Pengisian Agenda Pendidikan, Belia Pada Sambutan 80 Tahun UMNO
Sambutan Hari UMNO ke-80 dari hari ini hingga 5 Mei di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL) meraikan detik yang cukup bermakna dalam perjalanan parti itu, kata Presidennya Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri mengundang orang ramai hadir memeriahkan sambutan itu yang turut melibatkan pelbagai pengisian berkaitan pendidikan, keusahawanan dan pembangunan belia.
“Inilah ruang untuk kita mengimbau perjalanan yang telah dilalui, sambil menyusun langkah ke hadapan,” katanya menerusi hantaran Facebook semalam.
Ahmad Zahid berkata antara program utama ialah Kongres Pendidikan Bumiputera 2026, Konvensyen 80 Tahun UMNO, pameran pendidikan serta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET), forum akademik dan wacana semasa.
Sambutan turut melibatkan penganjuran pelbagai aktiviti oleh sayap UMNO, iaitu Wanita, Pemuda dan Puteri serta program yang memfokuskan kepada penyertaan usahawan dan golongan muda.
Apa Reaksi Anda?











