Tolak Belanjawan 2026, Bukti Pembangkang Tidak Utamakan Rakyat

Oleh : BARD
November 7, 2025 - 11:01 MYT
Tolak Belanjawan 2026, Bukti Pembangkang Tidak Utamakan Rakyat

Exco Wanita UMNO, Dr. Masliha Harun mempersoalkan tindakan ahli-ahli Parlimen pembangkang yang tidak menyokong Belanjawan 2026 yang dibentangkan oleh kerajaan baru-baru ini.

Menerusi satu hantaran di Facebook beliau berkata, tindakan 67 ahli Parlimen pembangkang yang menolak belanjawan itu menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab terhadap kesejahteraan rakyat.

“Inilah level pembangkang di Dewan Rakyat, 67 orang yang tak sokong Belanjawan 2026, dan baki yang tak hadir tu, apa alasan kukuh bajet yang baik pun tak nak sokong. Jika dah tak sokong Belanjawan Kerajaan buat untuk rakyat yang dok minta macam-macam tu dah kenapa.

“Memang tak ‘sync’ sikap pembangkang ni, jadi mereka bukan bantah belanjawan sebab tak baik mereka pun tahu semua tu untuk rakyat, cuma mereka tu sengaja bersikap dengki dan nak menyusahkan rakyat,” katanya.

Dr Masliha yang juga Pengerusi Sekretariat Wanita Profesional (SWP) turut menyeru rakyat agar menilai kembali sikap pembangkang yang dilihat hanya tahu menentang tanpa mengemukakan solusi membina.

“Rakyat yang sokong sangat pembangkang ni buka mata ke tak? Harap mereka sedar… puas betul kene setepek camtu kat muka.Bukan kita malas nak jawab tapi menyampah cakap panjang lebar tak guna sebab kita nak buat pun dia tak menyokong,” ujarnya.

Dr. Masliha turut menegaskan bahawa sokongan terhadap Belanjawan 2026 adalah penting bagi memastikan kesinambungan pembangunan negara serta kesejahteraan rakyat di semua lapisan masyarakat.

Untuk rekod, sidang Parlimen Mesyuarat Ketiga, Penggal Keempat Parlimen Kelima Belas (2025) berlangsung selama 35 hari bermula 6 Oktober hingga 4 Disember.

Sepanjang tempoh persidangan itu, pelbagai isu berkaitan dasar negara, ekonomi, serta kesejahteraan rakyat telah dibahaskan oleh ahli-ahli Parlimen dari pelbagai parti.  

Sumber 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow