UMNO Buka Tirai PAU 2025, Tumpu Penyatuan Dan Strategi Parti

Oleh : BARD
Januari 13, 2026 - 12:00 MYT
UMNO Buka Tirai PAU 2025, Tumpu Penyatuan Dan Strategi Parti

Perhimpunan Agung UMNO 2025 (PAU 2025) yang berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur dari 14 hingga 17 Januari 2025 menjadi medan penting bagi memperkukuh kesatuan parti serta memperjelas hala tuju perjuangan UMNO.

Setiausaha Agung UMNO, Dato' Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, perhimpunan tahunan itu menghimpunkan seramai 6,412 perwakilan melibatkan UMNO, Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri, selain disertai 366 petugas media termasuk media antarabangsa.

Menurut beliau, PAU 2025 dimulakan lebih awal dengan penganjuran Pra-PAU 2025 hari ini yang menampilkan pelbagai pengisian bermakna, antaranya Multaqa Ilmuwan Islam Malaysia, Majlis Konvokesyen Sekolah Patriotik UMNO (SPU) serta Konvensyen Memperkasa Pendidikan Melayu.

“Pada Rabu, 14 Januari 2026 pula, Simposium Politik Era Digital 2026 anjuran Penerangan UMNO Malaysia akan diadakan sebelum berlangsungnya Taklimat Presiden UMNO secara tertutup,” katanya dalam hantaran di laman Facebooknya.

Beliau berkata, Perhimpunan Agung UMNO 2025 membuka tirai secara rasmi pada malam Rabu dengan Majlis Perasmian Serentak Wanita UMNO, Pergerakan Pemuda UMNO dan Pergerakan Puteri UMNO yang disempurnakan oleh Timbalan Presiden UMNO.

Tambahnya, perhimpunan kali ini diharapkan dapat menjadi platform terbaik untuk mematangkan perbahasan, memperkukuh perpaduan dalaman parti serta merangka strategi perjuangan UMNO demi agama, bangsa dan tanah air.

“Insya-Allah, PAU 2025 akan menjadi titik penting dalam usaha memperkasa peranan UMNO sebagai wadah perjuangan rakyat,” katanya. 

Sumber

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow