18 Projek Tebatan Banjir Dilaksana: Pahang Perkukuh Perlindungan Rakyat Dengan Pelaburan RM3.184 Bilion
YAB Menteri Besar, Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail berkata, projek berskala besar itu membuktikan komitmen kerajaan negeri dalam memastikan keselamatan rakyat serta mengurangkan risiko banjir, terutama di kawasan hotspot.
Daripada 18 projek yang diluluskan:
11 projek telah bermula di tapak
6 projek di peringkat reka bentuk
1 projek diluluskan di bawah Rolling Plan Pertama RMK-13
Antara projek utama yang sedang giat dilaksanakan:
RTB Bandar Pekan
Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kuantan)
RTB Sungai Semantan, Temerloh
Lokasi lain yang terlibat termasuk Bera, Raub, Bentong, Lipis, Sungai Jempol dan Sungai Luit.
Menjawab persoalan mengenai RTB Sungai Bentong, projek ini bermula pada November 2025 dan dijangka siap pada November 2029, dengan skop seperti:
Pendalaman sungai bagi melancarkan aliran air
Pembinaan benteng banjir
Pengukuhan tebing
Naik taraf empangan di Repas Baru, Perting dan Lebu
“Jika semuanya berjalan lancar dan kontraktor dipilih dengan baik, projek ini akan mengurangkan risiko banjir secara signifikan,” jelas Menteri Besar.
Menurut beliau, banyak kawasan yang dahulu kerap dilanda banjir besar kini menunjukkan perubahan ketara setelah projek RTB dilaksanakan.
Enam projek RTB yang telah siap antara 2020–2024 termasuk:
RTB Bandar Maran Fasa 1
PLSB Sungai Kuantan Fasa 2
RTB Lembah Bertam, Cameron Highlands
Antara kejayaan paling menonjol ialah RTB Bandar Pekan Fasa 2, termasuk pembinaan benteng Sungai Pahang dan benteng selatan Parit Utama Sungai Air Hitam yang siap pada 2018 dan sejak itu Pekan tidak lagi berdepan banjir besar.
Begitu juga RTB Sungai Isap, siap pada 2011, yang terbukti menghapuskan risiko banjir besar di kawasan berkenaan.
Kemajuan Semasa Projek Utama
PLSB Sungai Kuantan: kini mendahului jadual dengan 56.65% kemajuan
RTB Bandar Pekan Fasa 2 (Parcel 2): mencapai 7.22% kemajuan fizikal
Kerajaan Pahang akan terus mengenal pasti kawasan baharu yang memerlukan projek tebatan banjir sebelum dibawa kepada Kerajaan Persekutuan untuk kelulusan dan pembiayaan.
Langkah proaktif ini menegaskan komitmen kerajaan negeri memastikan keselamatan, kesejahteraan serta masa depan rakyat sentiasa terjamin.
Apa Reaksi Anda?











