ADUN PAS PAHANG tidak perlukan peruntukan
Modal yang tak pernah lekang di bibir ADUN PAS di Pahang adalah soal peruntukan yang akan menjadi kesimpulan setiap kali berceramah dikalangan dengan penyokong mahupun rakyat di setiap pelusok negeri Pahang.
Sudah setahun berlalu pilihanraya umum ke 15 tetapi masih terkiyal kiyal memahami tentang selok belok pentadbiran negeri .
Bohonglah kalau mereka tidak menyedari kedudukan mereka sebagai pembangkang kerana ada beberapa orang ADUN yang bukan kali pertama duduk di barisan pembangkang. ADUN Tajung Lumpur, Beserah dan Cheka antara yang dikira otai dalam politik Pahang.
Sebenarnya peruntukan sudah pun diberikan kepada 15 ADUN pembangkang di Pahang tetapi masakan jumlahnya sama dengan apa yang diterima oleh ADUN BN dan PH sebagai Kerajaan. Adil adalah meletakkan sesuatu pada tempatnya dan bukannya pemberian yang sama rata dan itulah istilah yang digunakan dalam Islam apabila memperkatakan soal keadilan.
Sewaktu PAS berada dalam Kerajaan Muhyidin Yasin juga tidak pernah mereka memperjuangkan soal memberikan peruntukan kepada pembangkang ketika itu (PH). Soal peruntukan kepada ADUN mahupun Ahli Parlimen adalah kuasa prerogatif pihak kerajaan Persekutuan mahupun Negeri.
Tidak pernah ada dalam mana mana Akta atau Enakmen di peringkat persekutuan atau negeri yang menyebut bahawa peruntukan harus diberikan kepada ADUN atau Ahli Parlimen pembangkang.
Soal rakyat di kawasan pembangkang yang diwakili ADUN pembangkang pula dari segi kebajikan, inisiatif mahupun bencana , peruntukan akan tetap diberi. Cara dan kaedah bagaimana ia di salurkan adalah mengikut apa yang dfikirkan oleh pihak kerajaan dan apa yang penting rakyat tetap menerimanya. Itu yang penting.
Jika diamati kenyataan Pesuruhjaya PAS Pahang Rosli Jabar yang juga ADUN Tanjung Lumpur “PAS tetap mendapat sokongan rakyat walaupun tanpa peruntukan” menjelaskan bahawa ADUN Pahang memang tidak memerlukan peruntukan untuk mendapat sokongan rakyat. Jadi apa perlu meroyan saban hari soal peruntukan.
Justeru itu benarlah ADUN PAS di Pahang tidak perlukan peruntukan.
Apa Reaksi Anda?











