ADUN PN Kuala Sentul atau ADUN Lantikan yang tidak berfungsi?

ADUN Bersatu Kuala Sentul nampaknya makin cemas dan tak keruan sebaik sahaja YAB Menteri Besar Pahang Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail mengumumkan 5 nama ADUN Lantikan pada Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang baru baru ini.
Jasri Jamaludin dalam kenyataan di petik sebagai berkata " kewujudan mereka sebenarnya tidak berfungsi, selain tidak memberi manfaat kepada rakyat" seolah olah beliau telah bertukar kerjaya dari Yang Berhormat wakil rakyat kepada Ahli Nujum yang dapat meramal sesuatu hanya berdasarkan gerak hati beliau yang remuk rendam.
Sepatutnya beliau muhasabah diri samada diri beliau sebagai ADUN Bersatu Kuala Sentul berfungsi dan memberi manfaat kepada rakyat? Sudah hampir dua tahun dipilih sebagai wakil rakyat pada PRU ke 15 ternyata beliaulah yang tidak berfungsi dan tidak memberikan manfaat kepada pengundi di DUN Kuala Sentul.
Sudah riuh kedengaran tentang prestasi beliau mengecewakan bukan sahaja pengundi di DUN Kuala Sentul malahan dikalangan penyokong PN sendiri merasa menyesal memilih beliau kerana gagal menjalankan tanggungjawab. Kelibat beliau amat jarang dilihat di dalam DUN Kuala Sentul dan dikhabarkan beliau tidak tinggal di kawasan sebaliknya bermastautin di ibukota. Jika benar bermastautin di ibukota , maka malanglah nasib akan sekalian pengundi di DUN Kuala Sentul.
Kenduri kendara, kematian, sakit pening rakyat amat jarang ada kelibat beliau melainkan sekali sekala itupun jika hadir sekalipun hanya jika melibatkan penyokong parti beliau. Bantuan kewangan jauh sekali kepada yang memerlukan seperti anak anak yang ingin melanjutkan pelajaran , PIBG Sekolah, Persatuan Belia, Badan Khairat Kematian dan GPW langsung tidak lagi mendapat perhatian sebagaimana ADUN BN yang dipilih sebelum PRU 15.
Kenapa perlu merasa gusar dengan ADUN lantikan yang telah diumumkan pada Sidang Dewan Undangan Negeri Pahang baru baru ini. Mereka belum pun mengangkat sumpah dan menjalankan tugas sebagai ADUN Lantikan tetapi Jasri Jamaludin sudah mengeluarkan kenyataan ADUN Lantikan tidak berfungsi dan memberikan manfaat kepada rakyat.
Apakah manfaat yang diberikan oleh Jasri Jamaludin sebagai ADUN Kuala Sentul kepada rakyat di DUN Kuala Sentul. Naik taraf kemudahan asas jauh sekali dan tidak ada sebarang pembaharuan kecuali hanya sibuk menyalak di media itu dan ini menyalahkan pihak lain bagi menutup kelemahan diri sendiri.
Siapa tidak berfungsi sebenarnya? Jika tidak tahu menari jangan di salahkan papan jongkang jongkit.
Anak Cili
Pedas Berapi
Apa Reaksi Anda?






