PAS ghairah mencari lurah kain sendiri terbelah
Keghairahan PAS untuk dilihat sebagai pembangkang yang mendapat tempat di hati rakyat selalunya akan membawa lebih banyak kelemahan mereka. Takkala sibuk cuba mengajak rakyat melihat keburukan pihak kerajaan terlupa mereka sendiri jika mempunyai kuasa sebenarnya tidak dapat mengotakan apa yang mereka kata. Macam burung kakak tua , hanya bijak dan petah berbicara tetapi tidak tahu apa makna apa yang dituturkan.
Pesta Pinkish yang diadakan di dalam sebuah tren KTMB baru baru ini dijadikan modal oleh pemimpin PAS termasuk Ketua Penerangan PAS Ahmad Fahli Shaari yang mengecam apa yang disifatkan oleh beliau sebagai melampau. “Adalah ditegaskan bahawa pesta ini dilihat bertentangan dengan budaya ketimuran yang mengutamakan nilai tatasusila, kesopanan dan hiburan sederhana," katanya pada satu kenyataan .
Sila baca selanjutnya
https://www.malaysiakini.com/news/706023#google_vignette
Selang beberapa hari , pesta yang sedemikian pula diadakan di Pulau Lang Tengah Terengganu. Nampaknya tangkal sial apakah yang dipakai oleh Ketua Penerangan PAS setiap kali beliau cuba menarik perhatian dan membaja kebencian kepada pihak kerajaan , seolah olah beliau meludah ke langit dan bertepek jatuh ke muka sendiri.
@wanzz.official2 Pertahankan kepimpinan ulama’ ! #alohaparty #wanhadi #summerbay #terengganu ♬ original sound - Wan Hadi
Masih basah diingatan rakyat kenyataan kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau pada PRK Kuala Kubu antara punca kekalahan calon PN yang membangkitkan isu pendidikan dan perkauman selain memainkan sentimen agama yang melampau.
Juak juak PAS nampaknya sibuk menggali dalil dalil bagi mewajarkan Pesta Aloha Pulau Perhentian yang viral di media sosial. Bila sudah terkena batang hidung sendiri , mula cuba menyalahkan pihak lain walhal PAS kini mempunyai kuasa di negeri yang di tadbir seperti Terengganu, Kelanta , Kedah dan Perlis. Bila tanpa kuasa mahukan kuasa , tetapi bila sudah di tangan seperti beruk dapat bunga.
Berhentilah menunggang agama demi kepentingan politik kerana jika hukum agama mengikut acuan parti maka akhirnya hanya akan mencemarkan nama islam apatah lagi menggunakan nama islam dalam parti politik. Halal bagiku, haram bagi mu pada perkara yang sepatutnya berdasarkan syariat islam tetapi kerana agama diperkudakan akhirnya akan menimbulkan keresahan dan perpecahan di kalangan masyarakat islam di negara ini.
Kalau bab telaga minyak cepat cepat claim Akta Laut Wilayah 2012. Oh ..tak tahu pula kalau Pulau lang Tengah di luar sempadan maritim..berat nanang mung.
Apa guna ghairah mencari lurah jika kain sendiri terbelah.
Un..Un…
Anak Cili
Pedas Berapi.
Apa Reaksi Anda?











