Akar Umbi Jadi Tunjang Kekuatan UMNO, Keikhlasan Bawa Perjuangan
Ketua Penerangan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Nasrun Nasaruddin menyifatkan mesyuarat cawangan memperlihatkan komitmen para pendukung bagi memastikan parti ini terus relevan dalam menghadapi politik masa kini
Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO Bahagian Wangsa Maju berkata ia juga sebagai platform terbaik kepada akar umbi untuk membawa usul-usul terbaik dalam memperkukuh parti.
“Persidangan cawangan yang sedang berlangsung bukan sekadar rutin tahunan, tetapi merupakan medan paling penting untuk kita menyusun semula kekuatan, memperkukuh saf, serta memartabatkan kembali perjuangan UMNO.
“Gunakanlah platform ini sebaiknya dengan keikhlasan, keberanian dan semangat untuk memperbaiki, bukan sekadar mempertahankan.
“Kepada seluruh ahli UMNO di 22,000 cawangan dalam 191 bahagian di seluruh negara, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas komitmen dan kesetiaan yang tidak pernah luntur terhadap perjuangan parti keramat ini,” katanya menerusi satu kenyataan kepada UMNO Online.
Untuk rekod, Mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO memaklumkan bahawa Persidangan Tahunan Cawangan-Cawangan diadakan bermula 1 April hingga 17 Mei 2026 sebelum Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian akan mengambil bahagian pada 1 Jun hingga 12 Julai 2026.
Perhimpunan Agung UMNO pula akan diadakan pada 12 Ogos sehingga 16 Ogos 2026.
Apa Reaksi Anda?











