Hanya Persepsi Yang Dijadikan Senjata
1. Menjelang Pilihan Raya Negeri Johor, pelbagai cerita dan persepsi dimainkan oleh pihak lawan terhadap UMNO/BN. Perkara ini bukan sesuatu yang baharu kerana setiap kali pilihan raya, akan ada usaha untuk menimbulkan keraguan dan ketakutan dalam kalangan pengundi. Hakikatnya, persepsi negatif ini sengaja dibina kerana pihak lawan ketandusan modal yang lebih meyakinkan untuk ditawarkan kepada rakyat.
2. Antara isu yang paling kerap dimainkan ialah dakwaan kononnya UMNO/BN akan bekerjasama dengan Dap selepas pilihan raya jika tidak mempunyai kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan. Sedangkan Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi telah menyatakan pendirian dengan jelas bahawa UMNO/BN tidak akan bersama Dap. Namun kenyataan tersebut terus diputar belit bagi menakutkan pengundi, khususnya orang Melayu.
3. Fakta yang tidak boleh dinafikan ialah UMNO/BN tidak pernah membentuk atau memerintah Kerajaan Negeri Johor bersama Dap. Apabila fakta ini tidak dapat disangkal, timbul pula tuduhan bahawa UMNO telah menggadaikan prinsip perjuangan kerana berada dalam Kerajaan Perpaduan di peringkat Persekutuan.
4. Kehadiran UMNO dalam kerajaan hari ini bukan untuk menggadaikan kepentingan orang Melayu dan Islam, sebaliknya menjadi benteng yang mempertahankan perkara-perkara asas yang termaktub dalam Perlembagaan. Isu-isu seperti RUU Pembaharuan Semula Bandar (URA), pengiktirafan Kampung Baharu Cina sebagai tapak warisan, tuntutan pengiktirafan UEC, cadangan pelantikan bukan Muslim dalam jawatankuasa mengkaji undang-undang syariah serta pilihan raya PBT menunjukkan betapa pentingnya suara UMNO dalam memastikan kepentingan majoriti rakyat terus dipertahankan.
5. Dalam masa yang sama, ada pihak cuba melabel Datuk Onn Hafiz sebagai sombong dan perkauman hanya kerana beliau bertegas menolak Dap. Tuduhan ini jauh daripada realiti. Orang Johor mengenali peribadi beliau yang menghormati semua kaum serta sentiasa mendengar suara akar umbi. Pendirian beliau bukan kerana kebencian terhadap mana-mana kaum, tetapi kerana menghormati pandangan dan aspirasi rakyat Johor. Yang ditolak hanyalah parti Dap.
6. Kelebihan terbesar Datuk Onn Hafiz ialah kesungguhan beliau melaksanakan amanah. Beliau bukan pemimpin yang sekadar berpidato, menabur janji atau menjadikan cercaan sebagai modal politik. Sebaliknya, beliau memberi tumpuan kepada pembangunan negeri, menarik pelaburan, mewujudkan peluang pekerjaan dan menjaga kebajikan rakyat.
7. Akhirnya, saya yakin rakyat Johor adalah pengundi yang matang dan bijaksana. Mereka tidak mudah terpengaruh dengan persepsi yang sengaja dicipta, sebaliknya akan membuat penilaian berdasarkan fakta, rekod dan keupayaan sebenar sesebuah parti untuk mentadbir negeri. Atas sebab itulah saya percaya UMNO dan Barisan Nasional akan terus menjadi pilihan utama rakyat Johor. Bukan kerana retorik atau persepsi, tetapi kerana rekod, pengalaman dan keupayaan yang telah terbukti.
UNDILAH BARISAN NASIONAL
Apa Reaksi Anda?











