Kejayaan Malaysia Diiktiraf Dunia, Pembangkang Pula Semakin Gelisah
Kejayaan Malaysia menganjurkan Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 baru-baru ini bukan sahaja mengangkat nama negara di pentas antarabangsa, malah memperkukuh keyakinan dunia terhadap keupayaan kepimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kerajaan perpaduan yang stabil.
Namun seperti biasa, ada pihak yang kelihatan tidak senang duduk. Tatkala dunia memuji, pembangkang pula mencari helah untuk memperlekeh. Inilah penyakit lama mereka tidak pernah mampu meraikan kejayaan negara jika bukan mereka yang memerintah.
Sidang kemuncak kali ini melakar sejarah tersendiri dengan dua kejayaan besar:
1.Timor-Leste diterima sebagai anggota ke-11 ASEAN, dan
2.Perjanjian Damai Kuala Lumpur antara Thailand dan Kemboja berjaya dimeterai.
Kedua-duanya menjadi bukti nyata bagaimana Malaysia memainkan peranan penting sebagai penggerak keamanan serantau. Malah, kehadiran kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat, China, Rusia dan blok BRICS turut membuktikan kebijaksanaan Malaysia dalam mengimbangi hubungan antarabangsa dengan prinsip berkecuali dan kesederhanaan.
Tetapi malangnya, dalam saat negara disanjung dunia, pembangkang tempatan masih sibuk menabur sentimen iri hati. Bukannya menzahirkan sokongan kepada kejayaan negara, mereka lebih gemar menanam kebencian dan mencipta persepsi kononnya kerajaan hanya pandai beretorik.
Hakikatnya, apa yang berlaku ialah kejayaan kolektif seluruh rakyat Malaysia, termasuk puluhan ribu penjawat awam, anggota beruniform, sukarelawan dan mahasiswa yang menjayakan sidang kemuncak ini. Seperti ditegaskan Perdana Menteri, “Ini kejayaan negara, bukan kejayaan peribadi.”
Semangat inilah yang turut dizahirkan di Pahang melalui Aspirasi Pahang 1st di bawah pimpinan YAB Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail semangat yang menolak politik kebencian, sebaliknya menumpukan kepada kemajuan, kesejahteraan dan nama baik negeri serta negara.
Jika di peringkat nasional Malaysia sedang harum di mata dunia, maka di Pahang pula, kerajaan negeri terus memperkukuh dasar berpaksikan kestabilan, kecekapan dan kesejahteraan rakyat.
Kerajaan bekerja, pembangkang pula berdrama. Kerajaan membawa nama Malaysia ke pentas dunia, pembangkang sibuk membawa fitnah ke media sosial.
Itulah perbezaan antara politik matang dan politik murahan. Dan selagi semangat Aspirasi Pahang 1st dijadikan pegangan, rakyat akan terus bersama kepimpinan yang bekerja, bukan mereka yang hanya pandai bercakap.
Apa Reaksi Anda?











