Pahang Menyelesaikan 99 Peratus Penyerahan Surat Hak Milik Tanah Peneroka FELDA

Oleh : BARD
April 28, 2026 - 16:16 MYT
Pahang Menyelesaikan 99 Peratus Penyerahan Surat Hak Milik Tanah Peneroka FELDA

Isu geran tanah peneroka FELDA di Pahang yang dulu berlarutan, hari ini hampir Isu geran tanah peneroka FELDA di Pahang yang dulu berlarutan, hari ini hampir ke penamat. Bukan lagi janji lama yang diulang-ulang, tapi penyelesaian yang boleh dipegang dan dirasai sendiri oleh peneroka.

Di bawah pentadbiran Menteri Besar, YAB Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail, seramai 42,802 peneroka telah menerima surat hak milik masing-masing. Tinggal hanya 324 kes sahaja lagi dan kerajaan negeri sudah beri komitmen untuk selesaikan sepenuhnya dalam tahun ini.

Hampir 99 peratus penyelesaian kepada satu isu besar yang berdekad lamanya menghantui peneroka. Dari generasi pertama sampai ke anak cucu, akhirnya penantian yang ditunggu selama ini menjadi realiti. Tanah yang diusahakan selama ini akhirnya diiktiraf sebagai milik sah, boleh diwariskan tanpa rasa ragu.

Kalau nak cakap soal FELDA, tak boleh lari daripada sejarah perjuangan United Malays National Organisation (UMNO). Di bawah kepimpinan bekas Perdana Menteri ke-2, Tun Abdul Razak Hussein, Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (LKTP) ditubuhkan untuk mengubah nasib orang Melayu luar bandar daripada tiada tanah, kepada ada pemilikan dan masa depan.

Apa yang berlaku di Pahang hari ini bukan benda baru, tapi kesinambungan kepada perjuangan itu. Bezanya, kali ini ia disempurnakan bukan sekadar membuka tanah, tetapi memastikan hak milik itu benar-benar sampai ke tangan peneroka.

Dalam masa sama, masih ada yang cuba memainkan persepsi kononnya peneroka dipinggirkan. Tapi realitinya jelas, kerajaan negeri Pahang di bawah Wan Rosdy bekerja bagi menyelesaikan pemilikan hak milik tanah ini.

Peneroka Felda yang sudah memiliki geran tanah ini patut bersyukur yang mana kerajaan hari telah menunaikan janji-janji mereka.  Dalam isu FELDA di Pahang, angka 99 peratus itu sudah cukup menjadi jawapan.

 

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow