Pahang Teguh Sokong Agenda Pendidikan Anak Bangsa, Mohd Zaini Hargai Sumbangan
Keprihatinan UMNO Bahagian Bentong terhadap pembangunan pendidikan terus dizahirkan apabila Ketua UMNO Bahagian Bentong, Dato' Sri Mohamad Zaini Salleh, menyampaikan sumbangan daripada Kerajaan Negeri Pahang bagi pembangunan pendidikan di kawasan terbabit.
Menurut Mohamad Zaini, sumbangan tersebut merupakan inisiatif khusus daripada Menteri Besar Pahang sebagai tanda komitmen berterusan kerajaan negeri dalam memperkasakan sektor pendidikan, khususnya di kawasan Bentong.
Ujarnya, bantuan itu disalurkan bagi menyokong pelbagai keperluan pembangunan dan kebajikan warga sekolah serta diharap dapat dimanfaatkan sepenuhnya demi kepentingan pelajar dan kemajuan institusi pendidikan.
“Ini merupakan sumbangan daripada Kerajaan Negeri Pahang khususnya daripada YAB Datuk Seri Menteri Besar Pahang. Beliau berharap agar setiap sen perbelanjaan digunakan sebaiknya dan semata-mata untuk pembangunan pendidikan anak bangsa kita,” katanya.
Beliau turut menegaskan bahawa pelaburan dalam bidang pendidikan merupakan agenda penting kerajaan negeri dalam melahirkan generasi berilmu, berdaya saing dan berakhlak tinggi.
“Sumbangan tersebut diharap dapat memperkukuh lagi kemudahan pembelajaran serta menyuntik semangat baharu dalam kalangan pelajar dan guru untuk terus mencapai kecemerlangan akademik dan kokurikulum. Semoga sumbangan ini memberi banyak kebaikan kepada seluruh warga SMKB.”
Beliau juga merakamkan setinggi-tinggi penghargaan atas keprihatinan yang ditunjukkan oleh Menteri Besar Pahang dan kerajaan negeri.
“Keprihatinan berterusan Kerajaan Negeri Pahang ini jelas membuktikan komitmen dalam memastikan agenda pendidikan sentiasa menjadi keutamaan demi masa depan generasi akan dating,” katanya lagi.
Apa Reaksi Anda?











