Pahang Teroka Kerjasama Industri Kerbau Tenusu di Itali

Oleh : BARD
September 23, 2026 - 10:00 MYT
Pahang Teroka Kerjasama Industri Kerbau Tenusu di Itali

YAB Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail mengadakan kunjungan kerja ke Azienda Agricola Tempio Di Barlotti Gianluigi, sebuah ladang ternakan kerbau tenusu dan kilang pemprosesan produk tenusu di Salerno, Itali.

Lawatan ini memberi peluang kepada delegasi Kerajaan Negeri Pahang meninjau secara langsung amalan penternakan kerbau tenusu, teknologi pemprosesan serta rantaian industri tenusu yang dilaksanakan syarikat berkenaan.

Dalam kunjungan tersebut, perbincangan turut diadakan bagi meneroka peluang kerjasama serta urusan perolehan 100 ekor kerbau tenusu untuk menyokong pelaksanaan program Lembah Tenusu Pahang Barat.

Menurut YAB Menteri Besar, langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha Kerajaan Negeri untuk memperkukuh industri tenusu Pahang secara lebih tersusun, moden dan berdaya saing, di samping meningkatkan pengeluaran produk tenusu tempatan.

Kerajaan Negeri juga melihat perkembangan sektor penternakan sebagai antara pemacu penting ekonomi Pahang, khususnya melalui penerapan teknologi, peningkatan produktiviti dan pengukuhan rantaian nilai industri.

Usaha memperluas kerjasama dalam sektor kerbau tenusu ini selari dengan komitmen Kerajaan Negeri untuk terus memperkasakan sektor agromakanan serta merealisasikan Aspirasi Pahang 1st.

Insya-Allah, dengan perancangan yang tersusun dan kerjasama strategik, Pahang mampu membangunkan industri tenusu yang lebih mampan, produktif dan berdaya saing.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow