Elaun Sara Hidup Pelajar Telah Dinaikkan Kepada RM800
Semua pelajar yang telah diluluskan pinjaman Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) masih terus menerima pembiayaan dan elaun sara hidup seperti biasa dengan peningkatan daripada RM400 kepada RM800.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata, fokus pembiayaan PTPK tahun 2025 adalah lebih menjurus kepada program kemahiran terutamanya untuk sektor dan industri dengan izin ‘high-growth high value’ (HGHV).
“Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) sentiasa beriltizam untuk memastikan rakyat Malaysia termasuk golongan belia mendapat akses kepada latihan kemahiran yang relevan, inklusif dan selari dengan keperluan pasaran kerja semasa.
“Dalam hubungan ini PTPK dipertanggungjawabkan untuk melahirkan bakat baharu dan menarik minat golongan belia untuk menyertai aliran TVET melalui pembiayaan latihan kemahiran.
“Fokus pembiayaan tahun 2025 lebih menjurus kepada program kemahiran terutamanya untuk sektor dan industri HGHV mencakupi bidang keutamaan dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) seperti Penyelenggaraan, Pembaikan dan Baik Pulih (MRO), Electric Vehicle (EV), Aeroangkasa dan Artificial Intelligence (AI),” katanya.
Beliau berkata demikian ketika sesi soal jawab menteri di Dewan Rakyat, sebentar tadi.
Beliau yang juga Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO berkata, dakwaan yang menyatakan PTPK telah beberapa kali menghentikan pembiayaan pinjaman pelajaran dan elaun sara hidup bulanan adalah tidak berasas sama sekali.
“Untuk makluman Dewan Yang Mulia, sehingga Ogos 2025, PTPK telah meluluskan pinjaman dan mempunyai komitmen pembiayaan aktif berjumlah RM524 juta melibatkan 52,098 orang pelajar serta 306 pusat latihan. Daripada jumlah tersebut, seramai 21,947 orang pelajar telah diluluskan pinjaman mereka pada tahun 2025.
“Semua pelajar yang telah diluluskan pinjaman masih terus menerima pembiayaan dan elaun sara hidup seperti biasa. Malah, elaun sara hidup kini telah dinaikkan daripada RM400 kepada RM800 bagi setiap pelajar.
“Dakwaan menyatakan PTPK telah beberapa kali menghentikan pembiayaan pinjaman pelajaran dan elaun sara hidup bulanan adalah tidak berasas sama sekali. Hakikatnya, tiada seorang pun pelajar yang sudah diluluskan pinjaman diberhentikan pembiayaan mereka. PTPK telah mengeluarkan Kenyataan Media pada 11 September 2025 bagi menangkis tohmahan tersebut,” katanya lagi.
Mengulas lanjut beliau berkata, PTPK sentiasa memastikan setiap program yang dilaksanakan benar-benar berkualiti dan relevan dengan keperluan semasa.
“Untuk perancangan masa hadapan, pengagihan dana PTPK akan berdasarkan keutamaan seperti program berimpak tinggi, rekod prestasi bayaran balik pinjaman, pematuhan terhadap syarat permohonan (termasuk rayuan) dan penempatan pekerjaan selepas tamat latihan.
“Berdasarkan kepada pendekatan baharu berasaskan ‘performance based budgeting’ dan prinsip ‘value for money’, PTPK yakin bahawa keberkesanan dan kelangsungan dana akan terus terjamin sekali gus memastikan para pelajar mengikuti kursus yang lebih berkualiti, memperoleh kelayakan lebih baik dan mempunyai masa depan lebih terjamin.
“PTPK sentiasa memastikan setiap program yang dilaksanakan benar-benar berkualiti dan relevan dengan keperluan semasa,” katanya lagi.
Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa Bacaan Kali Kedua Rang Undang- Undang (RUU) Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2025 bagi memberi perlindungan kepada pekerja daripada kemalangan yang berlaku di luar waktu bekerja akan dibuat pada mesyuarat kali ini.
“Untuk makluman Dewan Yang Mulia, Memorandum Jemaah Menteri berkaitan RUU Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2025 bagi memberi perlindungan kepada pekerja daripada kemalangan yang berlaku di luar waktu bekerja telah diluluskan oleh Jemaah Menteri di Mesyuarat Jemaah Menteri yang telah diadakan pada 10 Oktober 2025.
“Sehubungan itu, Menteri Sumber Manusia telah membuat Bacaan Kali Pertama RUU Keselamatan Sosial Pekerja (Pindaan) 2025 di Dewan Rakyat pada 30 Oktober 2025. Bacaan Kali Kedua bagi RUU ini akan dibuat pada mesyuarat kali ini,” katanya lagi.

Sumber

Apa Reaksi Anda?