Anak Ketua Pembangkang dituduh terima rasuah. PN masih BERSIH dan Stabil?
Isu rasuah yang melanda beberapa nama besar yang dikaitkan dengan pemimpin Perikatan Nasional semakin mejadi jadi kebelakangan ini mendedahkan perilaku siapakah mereka sebenarnya. Berita pertuduhan yang dikenakan terhadap anak Ketua Pembangkang Hamzah Zainudin di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur Muhammad Faisal Hamzah, 40, menerima rasuah bernilai RM100,000 menambahkan lagi kluster mahkamah di kalangan mereka yang terkait dalam Perikatan Nasional samada dari kalangan mereka yang dekat dengan pemimpin parti BERSATU atau PAS.
Sebelum ini, menantu kepada MB Perlis dari PAS Mohd Shukry Ramly yang juga menantu kepada Presiden PAS Hadi Awang juga telah dituduh di mahkamah atas tuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM19,000 selain, mantan CEO MB Perbadanan Menteri Besar Kedah (MBI) Muhamad Sobri Osman Kedah dihadapkan ke mahkamah meminta rasuah RM4 juta, mantan Setiausaha Politik MB Kedah Bekas Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor didakwa di Mahkamah Seksyen atas dua tuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM400,000 Wan Saiful Wan Jan Ahli Parlimen Bersatu Tasek Gelugor dan Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu di dakwa atas tuduhan menerima rasuah RM6.9 juta serta Muhyidin Yasin Presiden Parti Bersatu masih mempunyai kes AMLA berjumlah RM232 juta, kesemua mereka terpalit dengan dakwaan samada rasuah, penyalahguanaan kuasa dan penggubahan wang haram.
Anak Kepada Hamzah Zainudin Ketua Pembangkang yang juga Ahli Parlimen Larut, Muhamad Faisal Hamzah pada April tahun lalu, didakwa di Mahkamah Sesyen Seremban terhadap sembilan pertuduhan berhubung penyelewengan minyak masak bersubsidi.
Mengikut kertas pertuduhan yang di bawa ke Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur hari ini, tertuduh didakwa menerima rasuah daripada Izmir Abd Hamid, sebagai bayaran untuk Heitech Padu Bhd (Heitech Padu) melantik Syarikat Rimba Merpati Sdn Bhd dan Syarikat Per My Solutions sebagai perunding pemasaran.
Kesalahan itu dikaitkan dengan Heitech Padu yang dikatakan diberi tender RM33 juta oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) untuk pembekalan, penyewaan, pelaksanaan, latihan, sokongan dan penyelenggaraan infrastruktur keselamatan.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di sebuah pejabat dekat Publika Shopping Gallery, Jalan Dutamas 1, Kuala Lumpur pada Mac 2018.
Pendakwaan mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun, denda lima kali ganda nilai rasuah, atau RM10,000, yang mana lebih tinggi.
Masih relevan lagikah PN dengan slogan PN Bersih & Stabil? Sekali terpedaya dan tertipu itu kesilapan tetapi jika masih berulang lagi , maknanya itu adalah kebodohan.
ANAK CILI
PEDAS BERAPI
Apa Reaksi Anda?











