18 Januari PN terduduk lagi
Perbezaan kenyataan diantara pemimpin Perikatan Nasional berkaitan Langkah Dubai menunjukkan wujud ketidaktentuan halatuju pembangkang. Mengharungi tempoh 4 tahun mendatang sebagai pembangkang adalah tempoh yang akan melunturkan keyakinan penyokong yang sentiasa dijanjikan dengan kejatuhan kerajaan Perpaduan pimpinan PMX.
Sejak bulan Ogos 2024 berbagai tarikh dijanjikan kepada penyokong PN untuk menyedapkan hati mereka dan yang terbaharu ialah 18 Januari ini Kerajaan PMX akan jatuh. Tetapi Hamzah Zainudin selaku Ketua Pembangkangl menjelaskan tidak wujud Langkah Dubai dan mendakwa ianya sengaja ditimbulkan oleh pihak kerajaan.
Berbeza dengan penafian Hamzah Zainudin dengan keterlibatan pembangkang yang menggerakkan Langkah Dubai, Sanusi Md Nor yang juga Pangarah Jentera Pilihanraya Perikatan Nasional bahawa ianya memang wujud gerakan tebuk atap dimana kerajaan PMX akan jatuh tidak berapa lama lagi.
Sebenarnya pemimpin PN semakin gelabah memandangkan gerakan memujuk Ahli Parlimen untuk menolak PMX menuju jalan buntu. Tembelang pemimpin PN juga terbongkar satu persatu berikutan deretan siasatan SPRM terhadap salahlaku, penyalahgunaan kuasa , rasuah dan penggubahan wang haram yang menyebabkan mereka tidak tidur malam.
Setelah kegagalan propaganda Raja Petra dengan kisah dongeng 120 SD , tarikh 18 Januari kini membuatkan penyokong PN berdebar. Berdebar bukan kerana pertukaran kerajaan tetapi pada tarikh terebut Sanusi Md Nor Panglima Perang PN akan berhadapan dengan perbicaraan di Mahkamah Seksyen Selayang selama 12 hari bagi menghadapi dua pertuduhan menghasut berhubung isu pelantikan Menteri Besar Selangor dan penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik, pada Julai 2023.
P/S : MB Kedah sempoi? Sempoi tak sempoi , mahkamah akan menentukan adakah sempoi itu boleh diterima di mahkamah.
Apa Reaksi Anda?











