Rasuah enternakan Lembu:  Ahli Parlimen Perikatan Nasional Padang Serai Dituduh Bersubahat Terima Rasuah RM400 Ribu

Oleh : BARD
Disember 9, 2025 - 10:53 MYT
Rasuah enternakan Lembu:  Ahli Parlimen Perikatan Nasional Padang Serai Dituduh Bersubahat Terima Rasuah RM400 Ribu

Di saat rakyat Kedah dibebankan dengan pelbagai kegagalan pentadbiran negeri, satu lagi episod memalukan meletus melibatkan tokoh kanan Perikatan Nasional. Ahli Parlimen Padang Serai, Datuk Azman Nasrudin  yang suatu ketika lantang bercakap soal integriti kini berdepan pertuduhan bersubahat menerima rasuah dalam projek usaha sama ternakan lembu milik Kerajaan Negeri Kedah.

Projek penternakan Lembu yang sepatutnya memakmurkan penternak dan menambah hasil negeri, rupa-rupanya menjadi lubuk rundingan belakang tabir. Menurut pertuduhan, seorang ahli perniagaan, Ammar Assuat, meminta dan menerima RM400,000 sebagai “upah” untuk memastikan projek jatuh ke tangan pihak tertentu. Lebih mengejutkan, Azman ketika itu Exco Pertanian Kedah  didakwa mengarahkan CEO Kedah Agro Holding Berhad mengeluarkan surat tawaran projek kepada individu berkaitan.

Beginilah budaya kerja yang lahir daripada slogan politik kosong. Di pentas ceramah, mereka bercakap tentang amanah, tentang “bersih dan stabil”. Tetapi di belakang tirai, projek rakyat dijadikan barang tawar-menawar.

Dan seperti skrip biasa, kedua-dua tertuduh tampil mengaku tidak bersalah. Peguamnya pula berhujah kononnya Azman “tak mungkin lari ke luar negara” kerana beliau ahli Parlimen. Alasan yang sudah lapuk, seolah-olah status politik boleh memutihkan segala perbuatan. Ini bukan soal lari atau tidak. Ini soal integriti. Soal seorang wakil rakyat yang diberi amanah oleh rakyat Kedah, tetapi kini dihadapkan ke mahkamah dalam kes yang menyentuh urusan projek negeri sendiri.

Jaminan RM75,000 ditetapkan mahkamah, dan pasport diserahkan. Kes akan disebut semula pada 17 Januari 2026. Dalam tempoh itu, rakyat berhak bertanya: berapa banyak lagi projek negeri yang telah dijadikan “komoditi politik” oleh pentadbiran yang kononnya memperjuangkan Islam dan integriti?

Sementara itu, rakyat Kedah terus menunggu jawapan. Tidak lagi mahu mendengar ceramah fitnah terhadap kerajaan pusat. Tidak mahu lagi slogan kosong. Yang rakyat mahu lihat ialah kepimpinan yang benar-benar amanah bukan pemimpin yang akhirnya memenuhi ruang mahkamah kerana projek lembu pun tidak mampu diurus tanpa bau rasuah.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow