ADUN PN Kijal di siasat di bawah Akta Hasutan dan Akta Komunikasi
Kebebasan bersuara tidak boleh dijadikan alasan untuk mana mana pihak mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan kepercayaan pihak awam terhadap sistem penguatkuasaan dan perundangan negara. Pilihanraya Kecil Parlimen Kemaman seharusnya tidak dicemari dengan ucapan ucapan yang menyelar sisitem keadilan negara secara sombrono yang hanya akan menajamkan kebencian rakyat .
Susulan itu laporan polis yang dibuat oleh SPRM terhadap ADUN Kijal yang juga Ketua Badan Pimpinan Bersatu Terengganu Razali Idris telah dipanggil oleh pihak PDRM bagi membantu siasatan terkait dengan ucapan beliau yang disifatkan sebagai penghinaan terhadap sistem keadilan negara ini dengan mengatakan keputusan oleh institusi kehakiman di kawal oleh kerajaan dalam satu ceramah beliau semasa Majlis Pelancaran Jentera Pilihanraya PRK 040 di Kemaman pada 10 Nov lepas.
Rakaman percakapan Razali dibuat di bawah Seksyen 112 Kanun Tatacara Jenayah di Balai Polis Chukai, Kemaman, Terengganu hari ini.Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Jika pihak pendakwaan berpuashati dengan siasatan yang telah dijalankan oleh pihak PDRM dan dakwaan dibuat di mahkamah dan mahkamah menjatuhkan hukuman adalah berkemungkinan terpaksalah pula DUN Kijal di adakan PRK di DUN Kijal pula. Niat hati nak berkempen di kawasan orang lain nanti terpaksa mengosongkan kerusi sekiranya didapati bersalah dan perlu mengosongkan kerusi.
Takde penyakit cari penyakit. Takde beban batu pula nak di galas.
#pedasberapi
Apa Reaksi Anda?











