AG Tersungkur, Laluan Najib ke Mahkamah Terbuka Luas

Oleh : BARD
Ogos 13, 2025 - 12:00 MYT
AG Tersungkur, Laluan Najib ke Mahkamah Terbuka Luas

Satu episod penting dalam pentas perundangan negara terukir apabila Peguam Negara (AG) gagal dalam rayuannya di Mahkamah Persekutuan untuk menghalang langkah Dato’ Sri Najib Tun Razak memulakan prosiding semakan kehakiman berhubung kewujudan apa yang dikenali sebagai Titah Adendum.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Besar Malaya, Tan Sri Hasnah Mohammed Hashim, bersama dua lagi hakim tertinggi negara, menolak rayuan AG tanpa ragu. Ringkasnya pintu ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kini terbuka seluas-luasnya buat Najib.

Awal Januari lalu, Mahkamah Rayuan memberi lampu hijau kepada Najib untuk memaksa kerajaan dan enam pihak lain menjawab dakwaan bahawa Yang di-Pertuan Agong ke-16 pernah menitahkan pengurangan hukuman penjara, malah membolehkan beliau menjalani baki hukuman di rumah.

Dan siapa yang perlu bersiap sedia menjawab? Barisan nama besar negara seperti Menteri Dalam Negeri, Komisioner Jeneral Penjara, Peguam Negara, Lembaga Pengampunan Wilayah Persekutuan, Menteri Undang-Undang di JPM, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang JPM, dan Kerajaan Malaysia sendiri.

Antara tuntutan Najib ialah mendapatkan salinan titah rasmi Yang di-Pertuan Agong ke-16 berkaitan pengurangan hukuman dan denda terhadapnya. Sekiranya titah itu wujud, beliau mahu arahan jelas supaya baki hukuman dijalankan di rumah, bukan di Penjara Kajang.

Najib kini di Kajang sejak Ogos 2022, dihukum kerana menyeleweng RM42 juta SRC International, Mahkamah kemudia menjatuhklan hukuman 12 tahun penjara dan denda RM210 juta. Selepas pengampunan diraja, hukuman dikurangkan kepada 6 tahun dan denda RM50 juta. Namun, kisahnya tidak tamat di situ sebaliknya, ia makin berliku.

Sebelum ini, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Najib, mendakwa bukti yang dikemukakan hanyalah “khabar angin” walaupun ia datang daripada mulut Presiden UMNO sendiri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, dan Naib Presiden UMNO, Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail.

Jika Titah Adendum itu benar-benar wujud, siapa yang selama ini menyorokkannya? Dan jika ia tidak wujud, kenapa ada begitu ramai yang “gelabah” mahu menutup mulut Najib?

Satu perkara pasti ialah babak seterusnya kes ini bukan sekadar soal undang-undang. Ia juga soal maruah, kuasa, dan permainan politik di tahap tertinggi negara.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow