Hari Malaysia Lambang Perpaduan, Bukan Perpecahan
Timbalan Perdana Menteri, YAB Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa tarikh 16 Sept Hari Malaysia harus menjadi detik memperkukuh perpaduan nasional dengan menolak politik perpecahan dan retorik yang membakar sentimen kepelbagaian.
Beliau yang juga Presiden UMNO berkata, Malaysia dibina atas asas kesatuan dalam kepelbagaian kaum, wilayah dan suara, justeru sebarang bentuk polarisasi perlu dielakkan agar tidak menghakis kekuatan sebagai bangsa Malaysia.
“Hari Malaysia adalah detik keramat yang mengingatkan kita bahawa negara ini dibina atas asas perpaduan yang menyatukan kepelbagaian kaum, wilayah dan suara dalam satu semangat Malaysia,” katanya dalam hantaran di laman Facebooknya bersempan sambutan Hari Malaysia yang akan diraikan.
Menurut Ahmad Zahid, masyarakat hari ini berkembang menjadi “societies of surveillance” iaitu rakyat saling memerhati dan menilai, namun keadaan itu seharusnya digunakan untuk membina dan bukan mencari kesalahan atau menjatuhkan maruah orang lain.
“Perpaduan nasional tidak akan bertahan jika ruang awam dipenuhi dengan penghinaan bukan penginsafan; dengan label bukan dialog. Di sinilah tanggungjawab setiap pemimpin dan warganegara untuk tidak mengulangi sejarah perpecahan,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menyeru rakyat untuk meneguhkan semula ikatan perpaduan yang diwariskan sejak penubuhan negara ini, dengan menekankan keperluan kepada tasamuh (toleransi), musyawarah (perbincangan) dan ta’ayush (hidup bersama secara harmoni).
“Kita tidak mewarisi negara ini untuk diruntuhkan, tetapi untuk diperkukuhkan dengan hikmah, dengan kesabaran, dan dengan kasih sayang terhadap tanah air yang satu. Mari kita bina Malaysia yang menyatukan, memulihkan, dan membanggakan generasi akan datang,” ujarnya.
Terdahulu beliau menyertakan petikan dari Surah Al-Anfāl, 8:46 iaitu:
“
Apa Reaksi Anda?











