Pertemuan PN dan PAP : Menyingkap Cinta Änak Butir Tahi
Naratif politik negara ini selalu hanya meromantiskan hal-hal kecurangan dan kecanduan pada kuasa. Politik muluk itu hanya ketika mereka memuja undi melebihi nilai manusiawi malahan menjadikan agama sebagai pelaris yang dilelong di pasar paling murah. Dalam perjalanan sejarah politik kita yang panjang, tanah ini menyaksikan begitu ramai pemimpin dan bangsawan yang tidak pernah lelah saling jatuh-menjatuh dan berbunuhan.
Alasannya , politik itu seni kemungkinan dalam perebutan kuasa. Hari ini halal dan esok menjadi haram , fatwa politik memperkudakan agama dan bangsa sudah menjadi identiti. Lihat sahaja bagaimana pertemuan antara pemimpin Perikatan Nasional Perdana Menteri Singapura dari PAP , secara literalnya adalah pertemuan biasa antara mana mana pemimpin.
Hilang sudah kisah Anak Butir Tahi yang menjadi seloka Hadi Awang Presiden PAS. “"Jadi, DAP ini anak butir tahi PAP. (Saya) Sebut dengan bahasa yang kasar sedikit," katanya ketika berucap di ceramah perdana 'Sempena Kejayaan Pembentangan RUU 355' di Marang, Terengganu.
"Politik Malaysia biar orang Malaysialah yang buat perubahan. Tak perlu jemput Amerika mari, tak perlu jemput negara asing mari”kata Hadi Awang.
https://www.malaysiakini.com/news/378756#google_vignette
Mutakhir ini semenjak terbentuk Kerajaan Perpaduan dan kegagalan Perikatan Nasional menebuk atap , mereka cuba menebalkan perkauman dan memainkan sentimen agama. Mencipta konotasi negatif UMDAP semata mata membangkitkan kebencian orang Melayu. Kerjasama UMNO DAP digambarkan sebagai najis .
Dalam masa yang sama mereka berjabat tangan dengan pemimpin PAP yang melahirkan butir tahi DAP di Malaysia. Apapun alasannya PN bebas bekerjasama dengan mana mana pemimpin samada dia kafir dan penyokong zionis sementara UMNO pula dimomokkan dengan segala bagai penghinaan sekiranya ada keterlibatan DAP waimma untuk kebaikan rakyat dan negara.
Apakah pertemuan mereka mewakili kerajan, sudah tentu tidak. Hubungan antara kerajaan melalui pertemuan pemimpin adalah perkara biasa tetapi pertemuan antara pemimpin PN dan pemimpin PAP sebenarnya adalh pertemuan antara parti. Jika sebelum DAP yang dikaitkan dengan anak butir tahi PAP merupakan musuh politik tetapi boleh pula menjalinkan hubungan dengn PAP. Ketahian apakah ini yang sedang di mainkan oleh pemimpin PN?
Adakah pernah telaga yang keruh mengalirkan air yang jernih?
Pedas Berapi
Anak Cili
Apa Reaksi Anda?











