125,000 Huffaz Teknokrat: Visi Besar Bentuk Generasi Ulul Albab Terajui Industri Global

Oleh : BARD
Mac 2, 2026 - 12:00 MYT
125,000 Huffaz Teknokrat: Visi Besar Bentuk Generasi Ulul Albab Terajui Industri Global

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menzahirkan tekad kerajaan untuk melahirkan 125,000 huffaz profesional dan teknokrat menjelang 2050 sebagai agenda membina Malaysia berteraskan ilmu, teknologi serta kekuatan rohani.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa Dan Wilayah (KKDW) berkata, sasaran tersebut bukan angan-angan politik, sebaliknya ia adalah pelan tindakan yang sedang dilaksanakan secara tersusun melalui institusi pendidikan di bawah Majlis Amanah Rakyat (MARA), Universiti Kuala Lumpur (UniKL), Universiti Poly-Tech Malaysia (UPTM) dan rangkaian Malaysian Technical University Network di seluruh negara.

“Insya-Allah, matlamat 125,000 huffaz profesional dan teknokrat ini akan berjaya sebelum 2050 jika usaha ini terus diperkasa dan dipantau dengan rapi. Program berkenaan menggabungkan penguasaan 30 juzuk al-Quran dengan latihan profesional dalam bidang kritikal seperti kejuruteraan aeroangkasa, kejuruteraan marin, kecerdasan buatan (AI), Internet of Things (IoT), robotik serta kenderaan elektrik (EV).

“Di Fakulti Kejuruteraan Aeroangkasa UniKL, pelajar huffaz didapati menunjukkan tahap fokus dan keupayaan memahami subjek teknikal yang luar biasa. Begitu juga di Fakulti Kejuruteraan Marin UniKL di Lumut yang mencatatkan antara prestasi terbaik.

“Ini membuktikan bahawa disiplin hafazan al-Quran membentuk daya tumpuan tinggi, ketahanan mental dan keupayaan analitikal yang sangat diperlukan dalam bidang teknologi tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian pada perhimpunan Gen Huffaz Teknorat MARA 2026, di Masjid Wilayah Persekutuan tadi.

Mengulas kebolehpasaran graduan, Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO menegaskan tiada keperluan untuk memberi jaminan kosong kerana ia adalah hampir 100 peratus hasil kolaborasi langsung dengan syarikat multinasional (MNC).

“Tahun ini sahaja, industri memerlukan sekitar 60,000 jurutera, tetapi kita hanya mampu menawarkan kira-kira 6,000. Jurang ini sangat besar. Permintaan terhadap tenaga mahir amat tinggi dan peluang ini mesti direbut oleh anak-anak muda kita,” tegasnya.

Tambah Ahli Parlimen Bagan Datuk lagi, pelaksanaan melibatkan tujuh universiti teknikal di seluruh negara adalah langkah strategik untuk memperkukuh ekosistem TVET berteraskan nilai Islam serta memenuhi keperluan Revolusi Industri 4.0 dan seterusnya.

“Usaha melahirkan Huffaz Teknokrat ini dilihat sebagai pendekatan holistik kerajaan membina generasi profesional yang bukan sahaja menguasai teknologi global, malah berpegang teguh kepada prinsip agama, integriti dan jati diri bangsa.

“Dengan penggandaan usaha-usaha Huffaz Teknokrat ini, kita akan dapat melakukannya kerana permintaannya terlalu besar. Inilah generasi masa depan Malaysia yang profesional bertaraf dunia, tetapi berakar pada al-Quran,” ujarnya.  

Sumber

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow