ADUN PAS JENGKA GUNA MASJID SEBAGAI PENTAS POLITIK?

Oleh : ANAK CILI
Oktober 26, 2023 - 15:44 MYT

Sejak sekian lama masjid dan surau bukan sahaja menjadi tempat umat Islam menunaikan ibadat malahan sebagai medan menyatupadukan masyarkat Islam. Peranan masjid juga sebagai pusat penyebaran ilmu dan menyemai kasih sayang yang memperkukuhkan kesatuan ummah.


Namun amat di kesalkan jika ada lagi pihak yang menjadikan masjid bagi tujuan politik kepartian dan menyebarkan ideologi politik di masjid dan surau. Kesucian masjid akan tercemar apabila ada penyalagunaan masjid apatah lagi menjadi pusat menyebar kebencian .

Viral di media sosial sebuah video yang menunjukkan ADUN PAS Jengka Sahahril Azman dilihat menyampaikan “kuliah politik” dipercayai disampaikan di Masjid Felda 21 Jengka Pahang. Ianya telah  dii muatnaik secara live di fb beliau .

https://fb.watch/nVGoMjWpdI/

Sebagai wakil rakyat dan orang politik beliau tidak boleh memberikan alasan mewajarkan tindakan beliau memandangkan larangan menyampaikan ceramah berbaur politik dan aktiviti kepartian adalah sama sekali ditegah oleh pihak berkuasa agama.


Pihak berkuasa agama di Pahang mesti menyiasat perkara ini dan mengambil tindakan mengikut Enakmen Pentadbiran Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang 1982. Tauliah sekiranya ada bukan juga menjadi lesen kepada mana mana penceramah menyebar kebencian dan menyebar ideologi kepartian dengan menjadikan masjid sebagai pentas politik.

Masjid bukan sahaja di kunjungi oleh oleh mereka yang mempunyai pelbagai latarbelakang ideologi tetapi ramai yang memilih tidak berparti atau cenderung kepada mana mana pihak. Akan ada perasaan tidak senang dikalangan kariah yang mana ini menimbulkan perselisihan dan perpecahan di kalangan masyarakat.

ADUN PAS Jengka boleh sahaja menyampaikan kuliah agama , silakan. Tetapi jika ingin menyampaikan kuliah berbaur  politik masjid bukan tempatnya. Apa guna markas PAS di Jengka atau boleh sahaja menggunakan platform media sosial yang bebas menyuarakan pandangan politik atau mahu menghasut serta menyebar kebencian rakyat kepada kerajaan. Cuma hati hati dengan sempadan kata kata ketika mengasah belati kebencian yang dimuatnaik ke media sosial takut nanti terluka jari. 
Masakan seorang YB ADUN tidak memahami undang undang, peraturan dan garis panduan kerana sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri ianya menjadi perkara asas.

Kata orang tua tua “ air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut” yang membawa maksud hendaklah mematuhi undang-undang negeri yang kita mendiami.

Anak Cili

Pedas Berapi

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow