BAHAYA GOLONGAN KHAWARIJ & BUDAYA TAKFIRI MERESAPI PARTI POLITIK
Ancaman golongan khawarij tidak hanya wujud di zaman Rasulullah S.A.W sehinggalah Khalifah Saidina Ali r.a tetapi kemunculannya sentiasa mengikuti zaman. Istilah Takfiri merujuk kepada sikap seseseorang yang mudah menuduh orang lain keluar dari Islam (kafir).
Sikap ini tumbuh dari seseorang yang merasa dialah yang paling benar dan paling sesuai dengan Islam. Seolah-olah dia telah menjamin surga untuk dirinya sendiri dengan memberikan neraka untuk orang lain. Kadang-kadang tuduhan tersebut turut mengarah kepada mereka yang memiliki kualiti keilmuan yang jauh lebih baik daripada orang yang menuduh.
Kehadiran mereka kini boleh sahaja dilihat dengan kecenderungan mereka sesuai dengan politik kepartian. Lihat sahaja bagaimana respon mereka dengan menabur fitnah dengan memotong video sekerat sekerat dan mengambil bahagian yang membolehkan mereka mengkafirkan orang lain.
“apakah MB Pahang ini keturunan Yahudi?” merujuk kepada video yang di edit dan dimuatnaik di facebook Promosi PN Maran. Tujuannya mudah di baca dengan provokasi untuk membuka ruang MB Pahang dilihat kafir Yahudi berikutan insiden beliau tersasul ketika berucap di Himpunan Pahang4Palestine.
Akhirnya, deretan komen komen yang menjurus membenarkan mengkafirkan orang secara tidak langsung dan dikaitkan dengan Yahudi membuktikan wujudnya golongan khawarij dengan amalan takfiri melalui politik oleh penunggang agama.
Amanat Haji Hadi yang diucapkan pada 7 April 1981 di Banggol Peradong, Kuala Nerus, Terengganu yang penuh kontroversi hingga di kaitkan dengan peristiwa Memali .
“Menurut perenggan 15, 16 dan 17 Kertas Putih Memali, tragedi Memali dipercayai berakar daripada ketaksuban terhadap ‘Amanat Haji Hadi’, merujuk kepada pidato Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Banggol Peradong pada tahun 1981.
“Bahkan lebih spesifik dalam perenggan ke-17, Muhamad Yusof Husin mengakui bahawa dirinya berpegang teguh dengan amanat itu dan berfahaman bahawa orang-orang UMNO itu kafir,”.
Fahaman radikal ini berkembang dengan pantas dan digunakan untuk menyebarkan permusuhan dan kebencian di antara anak bangsa. Jika tidak dibendung, gejala boleh menyebabkan penyebaran jenayah pembunuhan dengan anggapan kumpulan yang mengikut doktrin tertentu menjadi kafir kerana mereka berurusan dengan orang kafir, musyrik, yahudi atau toghut.
Abu Said al Khudri berkata; Sewaktu Rasulullah ﷺ sedang membahagi-bahagikan harta rampasa perang (kepada kaum Muslimin) tiba-tiba Dzhul Khuwaisirah al Tamimi datang dan berkata: ”Berlakulah adil wahai Rasulullah”. Mendengar teguran yang kasar itu baginda berkata: ”Celakalah kamu, siapakah yang akan menegakkan keadilan sekiranya aku tidak melakukannya?”. Umar bin Al-Khattab mencelah, ”Wahai Rasulullah, adakah anda membenarkanku untuk memancung lehernya?”.
Baginda menjawab: "Biarkanlah dia kerana suatu hari nanti dia akan mempunyai pengikut yang akan mencela solat kamu semua dengan membandingkan dengan solat mereka, mereka juga mencerca puasa kamu dibandingkan dengan puasa mereka, mereka keluar daripada agama (Islam ) sederas anak panah yang keluar daripada busurnya" (Sahih Muslim/2456; Sahih Bukhari/6933; Kitab Muwattha/156; Sunan Abu Daud/6741).
Kini, mereka berselindung disebalik gerakan kepartian yang jika tidak dibendung akan mengakibatkan perpecahan dikalangan umat Islam dan negara terjerumus dalam ketidaktentuan politik yang merugikan negara.
Apa Reaksi Anda?











