JARI JARI KEPARAT SEMAKIN MELARAT BILA MB PAHANG TERSASUL
Melihat bendera Palestine di bumi jawi ini bukanlah perkara asing sampai diceruk manapun akan ada berkibar akhir akhir ini. Sampai diceruk kampung pedalaman manapun boleh sahaja kelihatan menunjukkan solidariti kepada bangsa Palestine yang makin hilang dari peta dunia akibat kerakusan Israel yang tidak berperikemanusian.
Serata dunia menunjukkan bantahan dengan pelbagai cara. Ada yang mengecam, mengutuk, mengeji apabila melihat maruah rakyat Palestine di pijak dalam ranah Arab yang sentiasa bergolak.
Pehimpunan demi perhimpunan dianjurkan, ada yang berhimpun di dewan tidak kurang juga yang rela berpanas di bawah terik mentari menunjukkan solidariti. Tidak sahaja terbit rasa empati dikalangan masyarakat Malaysia tetapi lahir juga jari jari keparat yang mewarisi perangai Yahudi yang dibaja oleh politik kebencian. Benci akan kedamaian dengan membuang jauh rasa kasih sayang sesama manusia di Laut Hitam.
Saya tersedak ketika dan terbensin semalam bila membaca beberapa posting yang cuba menviralkan video YAB Menteri Besar Pahang tersasul ketika mana dalam semangat membuak buak bersemangat menyatakan sokongan kepada perjuangan rakyat Palestine dalam Himpunan Pahang4Palestine di Kuantan semalam.
Sempat saya ucapkan Alhamdulillah tanda syukur, hidung sedikit tersumbat tetapi bagi saya ada dikalangan manusia di Malaysia yang masih tersumbat dengan virus kebecian di jiwa mereka. Jauh sekali merasa bersyukur, mereka hidup aman damai di bumi bertuah ini.
Soal "tersasul" YAB Menteri Besar Pahang menggerakkan sekumpulan jari jari keparat menghubungkan lidah syaitan untuk diperbesarkan dengan harapan kebencian mengatasi kewarasan. Mereka ini lahir dari benih benih kebencian terpercik oleh golongan penunggang agama yang sudah dilihat sebagai dewa.
Jelas sekali Himpunan Pahang4Palestine bertujuan menyulam rasa kebersamaan menyuarakan bantahan kezaliman tanpa perikemanusian regim Israel jauh sekali menyokong Israel dan mengecam Palestine akibat tersasul ketika menyampaikan ucapan di hadapan 10 ribu rakyat yang sama sama hadir di Kuantan.
Pahang negeri pertama yang menganjurkan Himpunan Pahang4Palestine turut mengumumkan RM100,000.00 sebagai sumbangan Kerajaan Negeri menunjukkan apakah naratif sebenar. YAB Menteri Besar Pahang juga mengecam kegagalan PBB yang wajar distruktur semula supaya dapat memainkan peranan yang sewajarnya.
Jari jari keparat lebih berminat mencari kecelaan yang direkayasa bukan mempromosikan matlamat asal Perhimpunan Pahang4Palertine serta kebaikan. Jika jari jari keparat menganggap diri serba sempuna tanpa pernah tersasul dalam kehidupan walhal mereka lupa akan dijadikan jari jemari oleh Tuhan yang Esa agar takut akan pembalasan kalau tidak di dunia, akhirat menjadi pembakar kayu api di neraka.
Paletine mengajar kita erti kisah Bani Israel yang bongkak sekalipun pernah ditindas dan di zalimi oleh Firaun. Mereka di selamatkan oleh Nabi Musa menyeberangi Laut Merah sampai di daratan manakala Tentera Firaun mati di perut lautan. Belum dua hari di daratan, Bani Israel telah meminta Nabi Musa untuk mendirikan berhala untuk mereka sembah biarpun baru di selamatkan oleh Nabi Musa atas izin Allah. Tidak pernah ada sifat syukur dalam jiwa mereka.
Ataupun kita melihat Palestine dengan rasa tanggungjawab memelihara keamanan sebagaimana Khalifah Umar Abdul Aziz merangka MOU dengan Patriarch Sophnius Uskup Penjaga Kunci Al Quds dengan Wathiqah Umariah (The Umariah Convenant) yang dapat memelihara kota suci bagi agama Islam dan Nasrani perdamaian untuk masa yang panjang.
Tapi jari jari keparat di negara tidak ada bezanya mewarisi sifat yang ada pada Bani Israel cuba menjajah terutama mempengaruhi cara berfikir melalui media sosial.
Kita harus berwaspada dan beringat ingat akan bahaya dengan jari jari keparat sebagaimana komentar isu tersasul YAB MB Pahang di Perhimpunan Pahang4Palestine.
Ingat ranting yang akan melenting, dahan yang akan mencocok dan duri yang akan mengait.
Apa Reaksi Anda?











