PN Pahang: Antara Angan-angan Politik dan Realiti Pentadbiran
Kenyataan Tuan Ibrahim Tuan Man mengenai sasaran Perikatan Nasional (PN) untuk menawan sekurang-kurangnya 26 kerusi DUN Pahang pada pilihan raya akan datang jelas menunjukkan satu perkara itu satu keyakinan tanpa asas kukuh atau lebih tepat, sekadar angan-angan politik.
Realitinya, PN ketika ini hanya menguasai 17 daripada 42 kerusi DUN. Untuk melonjak kepada 26 kerusi bukan sekadar perlukan momentum, tetapi memerlukan kepercayaan rakyat yang stabil, rekod pentadbiran yang terbukti dan kesatuan dalaman yang kukuh merupakan tiga perkara yang masih menjadi tanda tanya dalam gabungan tersebut.
PN sering memainkan sentimen kos sara hidup dan harga bahan api. Namun, isu-isu ini sebahagian besarnya berada di bawah bidang kuasa kerajaan Persekutuan, bukan kerajaan negeri Pahang.
Menggunakan isu nasional untuk menjustifikasikan kelemahan sendiri di peringkat negeri hanyalah taktik politik lama yang semakin tidak berkesan.
Lebih membimbangkan, PN sendiri tidak menawarkan pelan penyelesaian yang jelas untuk Pahang. Rakyat hari ini bukan sekadar mahu mendengar kritikan mereka mahu solusi.
Antara kelemahan utama PN Pahang yang sukar dinafikan ialah ketiadaan pelan pembangunan negeri yang menyeluruh kerana ebih banyak retorik berbanding pelaksanaan.
Kepimpinan tidak konsisten isu dalaman dan perubahan sokongan memberi gambaran ketidakstabilan.
Bergantung kepada sentimen, bukan prestasi strategi yang mungkin berkesan jangka pendek, tetapi rapuh untuk jangka panjang.
Kurang rekod pentadbiran negeri berbanding kerajaan sedia ada, PN masih belum membuktikan keupayaan mengurus negeri secara menyeluruh.
Sebaliknya, kerajaan negeri Pahang di bawah kepimpinan Menteri Besar, YAB Dato' Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail telah menunjukkan prestasi yang lebih realistik dan berpaksikan rakyat.
Pembangunan infrastruktur berterusan, kemudahan asas dan akses luar bandar terus diperkasa.
Penjagaan kebajikan rakyat dengan bantuan kepada golongan B40, bantuan pendidikan, dan inisiatif kesejahteraan sosial.
Pelaburan dan ekonomi negeri serta usaha menarik pelabur serta merancakkan sektor pelancongan dan industri tempatan.
Pengurusan negeri yang stabil tanpa konflik dalaman yang menggugat keyakinan rakyat.
Ini bukan sekadar janji ini adalah rekod yang boleh dilihat dan dirasai oleh rakyat Pahang sendiri.
Sasaran 26 kerusi oleh PN mungkin kedengaran berani, tetapi tanpa asas yang kukuh, ia hanya akan kekal sebagai slogan. Rakyat hari ini semakin matang mereka menilai berdasarkan hasil, bukan retorik.
Dalam politik moden, siapa yang bekerja akan dihargai. Siapa yang hanya berangan, akan terus kekal di pinggiran.
PN Pahang boleh terus bercita-cita besar, itu tidak salah. Namun, tanpa prestasi, perancangan jelas serta kestabilan, cita-cita itu akan kekal sebagai angan-angan.
Manakala kerajaan negeri hari ini dengan rekod, usaha dan hasil yang nyata terus berdiri sebagai pilihan yang lebih diyakini rakyat.
Apa Reaksi Anda?











