Pas Juga Pernah Persenda Malaikat, Jangan Hipokrit

Oleh : BARD
Julai 9, 2025 - 16:00 MYT
Pas Juga Pernah Persenda Malaikat, Jangan Hipokrit

Semalam Ahli Undangan Dewan Negeri Jengka, Shahril Azman Abd Halim dalam video Tiktoknya menggelar Presiden UMNO Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi seorang yang jahil tak kenal malaikat. Ia susulan ucapan Ahmad Zahid Hamidi menyatakan satu perumpamaan malaikat yang diungkap dalam kontek tekanan yang Ahmad Zahid hadapi ketika memegang amanah sebagai presiden UMNO.

Shahril menyifatkan ucapan itu melampau. Seperti biasa, penyokong PAS pun ikut bersorak, mengiyakan hujah Shahril tanpa semak fakta.

Mungkin Shahril lupa. lepas PRU‑13 dulu, ada pemimpin PAS sendiri pernah berkata: “Malaikat pun silap tulis, sebab tu kami kalah.”

Bukan itu sahaja, Nor Azariza Mohd Alawi, Timbalan Ketua Pemuda PAS Kelantan, yang pernah berkata bahawa malaikat boleh diturunkan untuk membantu undi PAS dengan izin Allah dalam konteks PRU-14:

Bukan itu sahaja, ustaz Pas ini berkata “Malaikat bawa IC pergi mengundi”.

“Allah kalau nak tolong kita, seribu cara dia buleh tolong … Allah boleh tolong macam mana? Ambo nak buat contoh mudah. … Kalau dulu dalam Perang Badar Allah hantar malaikat bersenjatakan pedang, berkuda dan berperang sekali dengan tentera Islam. Jadi dalam pilihan raya boleh tak Allah hantar malaikat bawa IC (kad pengenalan) beratur pergi mengundi? Boleh tak? … Allah boleh hantar malaikat menyerupai sesiapa yang tak balik mengundi. Pegang IC, berdiri dan beratur di depan kita.”  - Ustaz Ja.

Kenyataan ini bukan dibuat oleh orang biasa. Ia datang dari mulut pemimpin PAS sendiri. Kenyataan ini telah direkod, disiar, dan dipertahankan pula secara terbuka. Malah analogi tersebut disamakan dengan kisah Perang Badar.

Ironinya, bila pemimpin PAS sendiri guna nama malaikat dalam retorik politik, semua diam. Tapi bila Zahid Hamidi sebut malaikat dalam konteks muhasabah dan kelemahan diri, terus dihukum sebagai jahil?

Inilah Pas, laju mengelar orang lain jahil, tetapi apabila puak sendiri cakap bukan-bukan diam seribu bahasa. Mereka mengangap diri mereka ini suci dari tidak melakukan kesilapan.

Sekurang-kurangnya, Ahmad Zahid rendah diri memohon maaf atas kelanjuran dalam berkata-kata. Ahmad Zahid mengakui kesilapannya.

Itu sifat seorang pemimpin, jika salah terus memohon maaf. 

Lain pula Pas, tidak pernah  mengaku kesilapan, anggap diri mereka terbaik, paling teruk, cepat menghukum orang lain dengan gelaran jahil.

PAS? Diam, tak pernah tarik balik. Tak pernah minta maaf. Malah menganggap mereka maksum dari kesilapan.

Inilah sikap pemimpin Pas yang penuh dengan lakonan palsu, hipokrit. Menunggang agama demi kepentingan politik mereka.
 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow