"SIBUK BERPOLITIK ADUN CHEKA TIDAK AMBIL TAHU DASAR KERAJAAN NEGERI PAHANG"
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Cheka, YB Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, mendapat teguran daripada Menteri Besar Pahang, YAB Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail, selepas didakwa tidak mengetahui tentang Pelan Induk Ekonomi Negeri Pahang 2025–2030 (PET30).
Situasi ini timbul dalam Mesyuarat Ke-2 Penggal Ke-4 Dewan Negeri Pahang Ke-15 hari ini, apabila Tuan Ibrahim bertanyakan kepada Menteri Besar mengenai pelan pembangunan baharu kerajaan negeri untuk menyusun semula perancangan hasil projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
Pertanyaan ini secara tidak langsung mendedahkan bahawa Tuan Ibrahim mungkin tidak membuat persediaan atau ulangkaji sebelum soalan dibentangkan. Ada kemungkinan beliau terlalu sibuk dengan urusan politik di luar Pahang, terutamanya di kawasan Parlimennya, Kubang Kerian, Kelantan, sehingga terlepas pandang mengenai pelan induk penting ini.
Kerajaan Negeri Pahang telah melancarkan Bengkel PET30 pada Jun lalu sebagai langkah strategik untuk menyusun semula landskap ekonomi negeri secara lebih mampan, inklusif, dan berpaksikan rakyat. Pelan ini adalah tunjang utama pembangunan ekonomi Pahang untuk lima tahun akan datang.
Antara keutamaan PET30 adalah memperkasakan industri agro-makanan, perladangan, dan bahan-bahan termaju (advanced materials).
- Membangunkan pelancongan alam semula jadi.
- Menjana modal insan dan tenaga kerja berkualiti.
- Mentransformasi wilayah dan memperkasakan daerah.
- Memulihara hutan dan biodiversiti sebagai asas ekonomi hijau.
Sebagai wakil rakyat, menjadi tanggungjawab Tuan Ibrahim untuk memahami dan memperjuangkan kepentingan rakyat di kawasannya mengikut pelan ini. Kegagalannya berbuat demikian menimbulkan persoalan tentang komitmen beliau terhadap pengundi di Cheka dan menunjukkan beliau mungkin mengabaikan peranan utamanya di Pahang demi fokus kepada agenda politik di negeri lain. PET30 juga akan terus menekankan keadilan sosial, memastikan pembangunan yang seimbang antara bandar dan luar bandar, termasuk kawasan FELDA, kampung Orang Asli dan komuniti pedalaman. Ia turut memanfaatkan pelbagai infrastruktur strategik sedia ada seperti Gebeng, Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP), ECRL, Pelabuhan Kuantan, Pekan Automotive Park serta Lingkaran Tengah Utama (LTU) sebagai pemangkin pelaburan negeri.
PET30 adalah tunjang utama pembangunan ekonomi Pahang untuk tempoh lima tahun akan datang. Ia menggariskan strategi dan hala tuju untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat Pahang, memacu pertumbuhan ekonomi, dan memastikan pembangunan yang lestari. Sebagai seorang wakil rakyat, menjadi tanggungjawab Tuan Ibrahim untuk memahami dan memperjuangkan kepentingan rakyat di kawasannya mengikut pelan ini. Kegagalannya untuk berbuat demikian menunjukkan beliau mungkin mengabaikan peranan utamanya di Pahang demi fokus kepada agenda politik di negeri lain.
Kerajaan Negeri Pahang telah melancarkan Bengkel Pelan Induk Ekonomi Negeri Pahang 2025–2030 (PET30) pada Jun lepas. Ia sebagai langkah strategik menyusun semula landskap ekonomi negeri secara lebih mampan, inklusif dan berpaksikan rakyat.
Antara keutamaan PET30 merangkumi pemerkasaan industri agro-makanan, perladangan dan “advanced materials”, pembangunan pelancongan alam semula jadi, penjanaan modal insan dan tenaga kerja berkualiti, transformasi wilayah dan pemerkasaan daerah serta pemuliharaan hutan dan biodiversiti sebagai asas ekonomi hijau.
Dalam pada itu, infrastruktur strategik seperti Gebeng, MCKIP, ECRL, Pelabuhan Kuantan, Pekan Automotive Park dan Lingkaran Tengah Utama (LTU) akan terus dimanfaatkan sepenuhnya sebagai pemangkin pelaburan.
PET30 turut memanfaatkan pelbagai infrastruktur strategik sedia ada seperti Gebeng, Malaysia-China Kuantan Industrial Park (MCKIP), Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), Pelabuhan Kuantan, Pekan Automotive Park serta Lingkaran Tengah Utama (LTU) sebagai pemangkin pelaburan negeri.
PET30 juga akan terus menekankan keadilan sosial, memastikan pembangunan yang seimbang antara bandar dan luar bandar, termasuk kawasan FELDA, kampung Orang Asli dan komuniti pedalaman. Keutamaan diberikan kepada akses kepada air bersih, pendidikan berkualiti, perumahan selesa dan liputan digital.
Apa Reaksi Anda?











