Negeri Mundur, Pelabur Undur
Kepimpinan kerajaan yang profesional memainkan peranan penting dalam memastikan kestabilan politik dan pertumbuhan ekonomi yang berterusan. Pemimpin yang berintegriti, cekap, serta berwawasan mampu mewujudkan dasar-dasar yang mesra pelabur, sekali gus menarik keyakinan pelabur domestik dan antarabangsa.
Kestabilan politik juga merupakan faktor utama yang mempengaruhi keputusan pelaburan. Negara yang memiliki sistem pemerintahan yang kukuh, dasar yang konsisten, serta suasana politik yang harmoni akan memberi jaminan keselamatan dan kepastian kepada pelabur. Sebaliknya, ketidaktentuan politik boleh menyebabkan risiko ekonomi yang tinggi dan menghalang aliran pelaburan masuk.
Berdasarkan carta yang dipaparkan, jumlah pelaburan swasta yang diluluskan mengikut negeri-negeri di Pantai Timur sehingga tahun 2024 menunjukkan perbezaan yang ketara. Pahang mencatatkan jumlah pelaburan tertinggi sebanyak RM3.9 bilion, diikuti oleh Kelantan dengan RM2.15 bilion, manakala Terengganu merekodkan jumlah paling rendah, iaitu RM0.617 bilion.
Situasi ini jelas menunjukkan bahawa kestabilan politik memainkan peranan penting dalam menarik minat pelabur. Lebih menarik lagi, perbezaan jumlah pelaburan ini turut dikaitkan dengan perbezaan kepimpinan kerajaan di setiap negeri, di mana Pahang ditadbir oleh Barisan Nasional, manakala Kelantan dan Terengganu berada di bawah pentadbiran PAS.
Baru-baru ini Kerajaan Negeri Terengganu telah membatalkan kelulusan penggunaan perkarangan masjid bagi Majlis Santunan Kasih Ramadan bersama Timbalan Perdana Menteri (TPM), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, yang dijadualkan berlangsung di Kampung Kuala Akob, Hulu Terengganu, pada 8 Mac 2025.
Pembatalan ini dimaklumkan melalui surat rasmi Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) bertarikh 7 Mac 2025, yang menolak permohonan penggunaan perkarangan Masjid Kampung Kuala Akob dan Masjid Haji Abdul Rahman Limbong, Kuala Telemong, tanpa menyatakan alasan terperinci.
Kerajaan PAS mendakwa tujuan kehadiran Timbalan Perdana Menteri (TPM) ke majlis tersebut adalah bermotifkan politik yang tidak sepatutnya berlangsung di perkarangan masjid, sedangkan tujuan utama majlis itu adalah untuk Pengisytiharan Keuntungan Boleh Agih Akhir Projek-Projek Peserta FELCRA Berhad.
Situasi seperti ini sepatutnya tidak berlaku, kerana ia jelas menunjukkan bahawa kerajaan negeri Terengganu gagal membezakan antara hubungan kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri, sebaliknya mencampuradukkan urusan pentadbiran dengan politik kepartian. Sebagai sebuah kerajaan, mereka seharusnya menyambut baik kehadiran TPM selaku Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah yang bertanggungjawab dalam menguruskan perkara tersebut.
Sekalipun beliau selaku Presiden UMNO, pimpinan PAS kelihatan seperti kisah anjing dan bayang-bayang. Kan dah menang 32 – 0? Jika hubungan persekutuan dan negeri pun tidak mesra, pelabur luar juga buka mata negeri ditadbir PAS tidak mesra pelaburan.
Nukilan
Nadia Rose
Mewangi Tapi Berduri
Apa Reaksi Anda?











