Pemabuk ‘pembunuh’ di jalan raya

Oleh : BARD
Mac 31, 2026 - 09:00 MYT
Pemabuk ‘pembunuh’ di jalan raya

Kisah pemandu mabuk yang membunuh di jalan raya bukanlah isu baharu. Sejak lebih sedekad lalu sudah terlalu banyak kisah pemandu mabuk yang menjadi peragut nyawa di atas jalan raya.

Tahun 2020 seorang pemandu mabuk merempuh beberapa kenderaan menyebabkan lima maut di Johor Bahru.

Pada tahun sama, seorang pemandu mabuk melanggar sehingga mati seorang anggota polis Koperal Safwan Muhammad Ismail yang ketika itu sedang bertugas menjaga sekatan jalan raya di Kajang.

Setahun kemudian, seorang penghantar makanan yang sedang gigih mencari rezeki untuk keluarga dilanggar mati seorang pemandu mabuk di Shah Alam.

Dan sejak itu, perjuangan akhbar ini untuk memberi tekanan demi tekanan kepada kerajaan dan pihak berkuasa agar hukuman lebih setimpal dikenakan terhadap pemandu mabuk.

Sejak tahun 2020 juga lah, desakan media bersama masyarakat sivil kepada kerajaan menyebabkan penggubalan Akta Pengangkutan Jalan 1987 daripada hukuman yang lebih ringan kepada lebih berat.

Antaranya termasuklah penjara minimum tiga tahun, maksimum 10 tahun kepada maksimum 20 tahun manakala penggantungan lesen biasa kepada penggantungan hingga 20 tahun.

Tidak ketinggalan denda antara RM8,000 hingga RM20,000 kepada RM50,000 hingga RM150,000.

Tetapi benarlah seperti yang tertulis dalam hadis, arak ialah ibu segala kejahatan.

Biarpun hukuman telah diberatkan, denda telah ditingkatkan, ternyata ia tidak menakutkan pemandu mabuk terus memandu dan membunuh di jalan raya.

Terbaru, seorang bapa kepada tiga orang cahaya mata yang sedang dalam perjalanan membeli buku untuk anak sulung maut dilanggar pemandu mabuk yang juga khayal dadah di Klang.

Walaupun penggubalan undang-undang baharu, tidak menakutkan pemandu mabuk, kita tidak seharusnya berputus asa.

Pihak berkuasa dan pakar jalan raya perlu bersama-sama mencari jalan menoktahkan insiden pengguna jalan raya diancam pemandu mabuk.

Sumber

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow