Pembangkang Pahang Terus Mengkritik, Namun Rekod SPM Buktikan Inisiatif Pemimpin Negeri Berkesan
Pahang kembali menjadi tumpuan politik apabila beberapa pemimpin pembangkang negeri mengkritik tindakan pimpinan kerajaan negeri termasuk tokoh-tokoh UMNO Pahang, yang aktif turun ke sekolah menghantar bantuan pendidikan. Tindakan itu sebelum ini didakwa kononnya “mengganggu proses pembelajaran pelajar” serta “berunsur politik”.
Namun, keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 yang diumumkan baru-baru ini membuktikan sebaliknya yang prestasi sekolah-sekolah di Pahang bukan sahaja meningkat, malah beberapa sekolah mencatat pencapaian terbaik dalam sejarah mereka.
Beberapa wakil pembangkang negeri sebelum ini lantang menuduh bahawa kehadiran pemimpin kerajaan termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) serta pemimpin UMNO di sekolah untuk menyampaikan bantuan seperti peralatan belajar, komputer riba, pakaian sekolah dan program motivasi dianggap tidak wajar. Antara dakwaan yang dilemparkan ialah lawatan pemimpin politik menyebabkan pelajar “kurang fokus”, sumbangan dilihat bermotifkan kepentingan politik dan kehadiran mereka dikatakan mencampuri urusan pentadbiran sekolah.
Namun dakwaan tersebut tidak disertakan bukti kukuh, malah menerima kritikan balas daripada ibu bapa, guru dan masyarakat setempat yang merasakan bantuan tersebut sebenarnya memberi manfaat terus kepada pelajar.
Realitinya, keputusan SPM 2025 yang diumumkan semalam memperlihatkan peningkatan memberangsangkan di seluruh negeri Pahang. Antaranya GPS Negeri Pahang meningkat dengan ketara berbanding tahun sebelumnya. Beberapa sekolah agama, sekolah luar bandar dan sekolah tahfiz mencapai keputusan cemerlang dan ada sekolah yang mencatat rekod “semua calon lulus” serta meningkat jumlah pelajar mendapat semua A.
Paling menjadi perhatian ialah pencapaian Maahad Tahfiz Turath Pahang berjaya merekodkan Gred Purata Sekolah (GPS) 0.60 merupakan salah satu yang terbaik di Pahang dan antara terbaik di Malaysia. Ramai pihak mengaitkan kejayaan ini dengan sokongan berterusan kerajaan negeri dalam menyediakan prasarana dan bantuan secara langsung kepada pelajar.
Respons daripada guru dan pentadbir sekolah pula jelas menunjukkan bahawa bantuan serta kehadiran pemimpin kerajaan sebenarnya memberi impak positif.
Ramai guru turut menegaskan bahawa lawatan rasmi pemimpin negeri dilakukan secara teratur dan tidak pernah mengganggu jadual pembelajaran pelajar.
Pemimpin Pahang juga beberapa kali menjelaskan bahawa program bantuan pendidikan bukan agenda politik, sebaliknya sebahagian usaha kerajaan negeri untuk memastikan pelajar termasuk dari keluarga B40 tidak tercicir dalam pembelajaran.
Pelaburan pendidikan dilihat sebagai strategi jangka panjang untuk meningkatkan taraf hidup rakyat dan mengurangkan jurang pembangunan antara daerah bandar dan luar bandar.
Keputusan SPM tahun ini sekaligus mengesahkan bahawa pendekatan tersebut membuahkan hasil.
Walaupun pembangkang terus mempersoalkan tindakan pemimpin kerajaan negeri menghantar bantuan ke sekolah tetapi fakta dan data SPM menunjukkan sebaliknya. Tuduhan bahawa ia mengganggu pembelajaran jelas tidak berasas apabila peningkatan prestasi pelajar terbukti secara menyeluruh di Pahang.
Suka atau tidak, kejayaan sistem pendidikan Pahang hari ini datang hasil sokongan, perancangan dan komitmen pemimpin negeri yang tidak pernah jemu turun padang membantu sekolah.
Akhirnya, masa depan anak-anak adalah agenda dan perkara yang paling utama bukannya sekadar retorik politik
Apa Reaksi Anda?











