Sikap angkuh pemimpin Bersatu punca Ahli Parlimen Bersatu tawar hati

Oleh : ANAK CILI
Januari 30, 2024 - 15:33 MYT
Sikap angkuh pemimpin Bersatu punca Ahli Parlimen Bersatu tawar hati
Parti Bersatu di pimpin oleh mereka yang sombong dan angkuh

Bukan satu rahsia lagi bahawa Parti Bersatu yang membentuk gabungan bersama PAS dalam PN sedang menuju perpecahan yang tidak dapat dielakkan. Keruntuhan sendi keyakinan terhadap Parti Bersatu bertambah parah bukan sahaja di kalangan penyokong parti tetapi lebih parah di kalangan pemimpin parti seperti Ahli Parlimen Bersatu sendiri sudah berani menyatakan rasa ketidakpuasan hati  secara terbuka.

Perasaan pesemis Ahli Parlimen Bersatu adalah kerana keangkuhan pimpinan parti Bersatu diketuai bekas perdana menteri Muhyiddin Yassin , timbalan presiden Ahmad Faizal Azumu manakala Radzi Jidin dan Ronald Kiandee bertindak sebagai naib presiden di katakan tidak mahu mendengar pandangan Ahli Parlimen dari Bersatu.

Soal peruntukan kepada ahli parlimen adalah antara punca utama beberapa ahli parlimen seperti Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar), Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Azizi Abu Naim (Gua Musang), dan Zahari Kechik (Jeli) menyokong Anwar dan terbaru Ahli Parlimen Tanjong Karang Zulkafperi Hanapi mengikut jejak mereka.

Menurut mereka soal peruntukan kepada Ahli Parlimen sudah lebih setahun dibangkitkan tetapi pemimpin “Top 4 “ Bersatu bersikap angkuh dan sombong untuk berunding dengnan PMX . Malahan usaha untuk menebuk atap yang dilakukan sejak setahun yang lalu diibaratkan hanya membuang masa dan sia sia. 

Jika pimpinan Bersatu begitu angkuh dan sombong dan tidak menerima pandangan dari Ahli Parlimen dari parti mereka sendiri apakah yang rakyat boleh harapkan dari parti Bersatu? Kayu yang berakar tunjang tidak akan hiraukan ribut tetapi dimanakah tunjang parti bersatu jika tunjang kekuatan dikalangan ahli parlimen pun sudah mula goyah. Jangan kan ribut, angin angin sepoi bahasa pun akan mudah menumbangkan parti bersatu yang tunjangnya  semakin mereput.

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow