ADUN PAS JENGKA JANGAN BODOH SOMBONG
Apa guna berserban berjubah dan fasih berbahasa Arab jika kelakuan tidak mencerminkan akhlak orang Islam apatah lagi diberi tanggungjawab sebagai pemimpin seperti wakil rakyat. Apa guna berstatus wakil rakyat tetapi hanya tahu claim credit atas usaha orang lain sedangkan diri sendiri hanya berpeluk tubuh malahan sering menyalahkan pihak lain.
Bila ada yang menjual , maka ada yang membeli kerana itulah yang di mahukan oleh saudagar agama seperti Shahril Azman ADUN PAS Jengka yang kemaruk publisiti. Cakap orang muda sekarang adalah golongan “batak like” yang merasakan terpaling bila membicarakan sesuatu.
Sudah di ketahui umum bahawa beliau adalah wakil rakyat paling gagal di kalangan wakil rakyat yang pernah di pilih oleh rakyat di DUN Jengka. Semenjak di pilih memang tidak kelihatan apa apa pembaharuan yang di bawa, kemajuan fizikal mahupun program kemasyarakatan. DUN Jengka jauh ketinggalan 10 tahun kebelakang dari sepatutnya dari pelbagai aspek kehidupan.
Minda pengundi disumbat dengan pemikiran jumud melalui ceramah politik serta posting provokasi murahan yang langsung tidak mencerminkan sikap seorang wakil rakyat yang kononnya membawa imej parti Islam. Apakah dengan mencerca pihak lain yang berusaha membina masjid juga di jadikan bahan politik? Kalau tidak mahu berterima kasih tidak mengapa tetapi sikap provokatif yang tunjukkan sarat dengan tanggapan buruk terhadap pihak lain yang tidak sealiran fahaman politik.
Cara mudahnya melepaskan tanggungjawab sebagai wakil rakyat DUN Jengka dengan meletakkan semuanya di bahu kerajaan sedangkan beliau hanya goyang kaki , sambil sembang kari di kedai kedai kopi di sekitar Bandar Jengka. Itu pun tak berani nak duduk sebab takut kena bayar satu kedai.
Tanpa PAS di Pahang pun, kuliah kuliah dan program agama tetap dijalankan di masjid. Tanpa PAS di Pahang sekalipun syiar Islam terus subur dengan mendapat perhatian khusus dan menolak sekaligus jawapan bodoh pentaksub PAS yang hanya tahu meratib UMDAP..UMDAP..UMDAP siang dan malam.
Kalau lupa kita khabarkan, kalau pura pura buta kita celikkan , kalau malas membaca maka akan jadilah manusia yang bodoh sombong sebagaimana ADUN PAS Jengka.
Sumbangan RM 10,000 kepada setiap masjid dan surau kebenaran sembahyang Jumaat
Sumbangan RM 2,000 kepada setiap maahad Tahfiz di negeri Pahang
Sumbangan RM 750 kepada setiap jemaah haji tahun ini
Bantuan RM 200 kepada setiap mualaf
Sumbangan RM300 kepada setiap pasangan pengantin bagi perkahwinan kali pertama
Sebanyak 37 buah masjid baharu di bina sejak 5 tahun lalu dengan 18 buah telah siap di bina, 15 buah dalam pembinaan manakala 4 buah masjid dalam proses ukur tanah dan reka bentuk
Bermula tahun 2018 hanya 1 Tadika Tahfiz Negeri Pahang kini sudah ada 25 buah
Maahad Tahfiz Negeri pahang muncul sebagai intitusi pendidikan terbaik di negara ini dalam Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu
Mewujudkan Tahfiz Mahir di mana para hufaz diberikan latihan kemahiran
Mewujudkan Tahfiz Turath Negeri pahang ditubuhkan pada tahun 2020 yang merupakan satu satunya institusi di Malaysia menawarkan pendidikan Turath, Tahfiz dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM)
Mewujudkan Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah bagi mereka yang ingin melanjutkan pelajaran dengan 30 program pengajian dari asasi, diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana hinggalah ke peringkat dr falsafah (PHD)
14 Rang Undang Undang (RUU) berkaitan agama Islam telah dibentangkan oleh pemimpin UMNO yang mentadbir di negeri ini ketika PAS rancak mendoktrin rakyat dengan UMDAP..UMDAP..UMDAP dan semuanya telah diluluskan di Dewan Undangan Negeri Pahang
RUU bagi menghalang umat Ilam keluar dari agama Islam atau murtad
RUU berkaitan wakaf
RUU berkaitan Wasiat
RUU berkaitab Tarekat bagi menghalang penyebaran ajaran sesat.
Siapakah yang menghancurkan negeri dan negara sebenarnya? melainkan mereka yang menunggang agama dengan hanya bertopengkan pakaian jubah dan kopiah berperwatakan alim tetapi menjadi pemecah belah masyarakat Islam khususnya di Pahang.
Apa Reaksi Anda?











