“Negeri Kita Orang Nak Ambil Dah”: Hypokrasi PAS Tahap Legend
“Negeri kita orang nak ambil dah,” itu bukan kenyataan politik halusinasi Sanusi Muhammad Nor yang diulang-ulang untuk menakutkan rakyat, seolah-olah Malaysia sedang menunggu masa untuk dijajah China. PAS memang gemar menjual ketakutan. Bila tak ada isu, mereka cipta musuh. Bila tak ada fakta, mereka buat fitnah. Semua demi memastikan penyokong terus hidup dalam dunia fantasi politik mereka.
Tetapi realiti semalam menghentam retorik itu sampai berderai. Berlangsung Majlis Pecah Tanah Projek Pembinaan Kilang Prinx Tire Malaysia Sdn. Bhd. di Kedah Rubber City (KRC) pelaburan besar dari China yang PAS sendiri sambut macam hadiah tahun baru. Yang kononnya “penjajahan” tiba-tiba menjadi “peluang ekonomi”. Yang kononnya bahaya tiba-tiba jadi “rezeki negeri”. Inilah PAS mulut lain, perbuatan lain.
Kalau kilang itu dibina di Pahang, jangan mimpi PAS akan diam. Pasti mereka akan jerit seluruh negara kononnya kerajaan pimpinan Dato’ Sri Diraja Wan Rosdy Wan Ismail “jual tanah kepada China”, “gadai negeri”, “khianat bangsa”.
Ceramah mereka akan panas macam kuali terbakar, padahal ceritanya sama saja. pelaburan asing diperlukan untuk ekonomi. Bezanya cuma lokasi. Kalau di negeri orang, itu dosa. Kalau di negeri sendiri, itu pahala.
Yang lebih memalukan, dalam majlis pecah tanah di Kedah itu, tiba-tiba hilang semua sembang Jawi, Arab, dan perjuangan tulisan warisan. Batu asas pun bertulisan Cina besar-besaran. Mana pergi laungan “martabatkan Jawi”? Mana pergi seruan “jangan tunduk budaya asing”? Di mana perginya penjaga maruah bangsa? Senyap. Hilang. Terkedu. Sebab bila duit pelaburan masuk, semua slogan perjuangan PAS tiba-tiba jadi bisu.
Inilah politik PAS yang sebenar, hipokrasi tahap legend. Mereka jual moral waktu tak ada kuasa. Mereka jual agama waktu perlu undi. Mereka jual ketakutan waktu tak ada fakta. Tetapi bila berdepan realiti pentadbiran, semua yang mereka dakwa selama ini terbelit di kaki sendiri.
Retorik ‘negara nak kena ambil’ itu sebenarnya hanyalah cubaan PAS untuk mengalihkan perhatian rakyat daripada kegagalan pentadbiran mereka sendiri. Tapi bila pelaburan yang mereka kutuk itu mendarat di negeri mereka, semua topeng terjatuh. Terbukti PAS bukan anti penjajahan. Mereka hanya anti pada orang lain yang bekerja.
Inilah PAS. Bukan setakat double standard. Ini triple, quadruple, siap premium hypocrisy edition. Dan satu Malaysia boleh nampak dengan jelas, semakin kuat mereka menipu, semakin terang realiti membongkar mereka.
Apa Reaksi Anda?











