Amaran keras kepada Menteri Pelancongan Bukti PM Tegas Isu Arak

Oleh : BARD
Oktober 7, 2025 - 16:02 MYT
Amaran keras kepada Menteri Pelancongan Bukti PM Tegas Isu Arak

Ketegasan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan memberi amaran kepada Menteri Pelancongan Tiong King Sing dan Kementerian Pelancongan membuktikan pentadbiran kerajaan Madani tidak bertolak ansur dalam isu arak.

Isu hidangan minuman keras di majlis rasmi kerajaan telah mendapat kritikan daripada rakyat yang berang dengan tindakan Kementerian Pelancongan yang tidak menghiraukan sensitiviti umat Islam di negara ini.

Perdana Menteri menegaskan, dasar kerajaan tidak membolehkan acara rasmi kerajaan dihidangkan minuman keras (arak). Selain itu, adalah tidak wajar Kementerian Pelancongan membenarkan hidangan itu dihidangkan walaupun selepas acara rasmi itu berakhir dan jemaah Menteri dan seluruh jentera kerajaan telah diingatkan supaya tidak cuai dalam menangani isu terbabit dan perlu memastikan kesilapan yang sama tidak berulang pada masa hadapan.

Dengan amaran keras itu, ketegasan kerajaan dalam isu melibatkan hal haram perlu disokong semua pihak. Walaupun ada penunggang isu seperti pembangkang cuba memberi imej buruk kepada kerajaan kononnya kerajaan hari ini telah rosak, liberal, namun dengan kenyataan Perdana Menteri ini telah mematahkan naratif jahat yang cuba dijaja oleh pembangkang.

Terdahulu, tular gambar memaparkan program didakwa Global Travel Meet 2025 Gala Dinner di bawah Tourism Malaysia menyajikan minuman beralkohol, namun King Sing menegaskan pihak industri dan sektor swasta teruja dengan acara global yang julung kali dianjurkan itu sehingga menaja serta meraikan rakan-rakan industri antarabangsa melalui majlis makan malam berkenaan.

Tambahnya lagi, acara selama dua hari setengah dianjurkan dengan inisiatif pihak industri serta sektor swasta itu berjaya menjana impak ekonomi bernilai RM420 juta.

Kelmarin, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilapor akan membawa isu berkenaan ke mesyuarat Kabinet dan UMNO yang diterajuinya menolak sekeras-kerasnya perbuatan itu.

"Saya sendiri akan membawa ke mesyuarat Jemaah Menteri atas ketidaksetujuan UMNO. Sebagai presiden parti, kita menolak 100 peratus," katanya yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN).

Menyifatkan perbuatan itu tidak wajar serta bercanggah dengan kedudukan Malaysia sebagai negara Islam, beliau menegaskan, penganjuran acara rasmi kerajaan perlu mengambil kira sensitiviti bangsa serta agama dan dalam kes terbaharu itu, sensitiviti umat Islam dan agama Persekutuan.

 

 

 

 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow