Rumahku Syurgaku, Pembentukan Sahsiah Anak Bermula Daripada Ibu Bapa

Oleh : BARD
Oktober 20, 2025 - 09:00 MYT
Rumahku Syurgaku, Pembentukan Sahsiah Anak Bermula Daripada Ibu Bapa

Ketua UMNO Bahagian Beruas, Datuk Dr Azhar Ahmad menegaskan bahawa peranan ibu bapa merupakan elemen paling utama dalam membentuk sahsiah dan keperibadian anak-anak, lebih-lebih lagi dalam menangani isu keruntuhan moral serta gejala sosial dalam kalangan pelajar.

Menurutnya, pendidikan dan pembentukan akhlak seharusnya bermula dari rumah, bukan diserahkan sepenuhnya kepada pihak sekolah mahupun Kementerian Pendidikan (KPM) semata-mata.

“Selain peranan guru, sekolah, KPM, peranan siapa yang paling besar untuk mendidik anak? Sudah tentu ibu bapa, yang menjuruskan anak-anak ini menjadi baik atau sebaliknya… ia bermula dari rumah.

“Kerana rumah kita ini rumahku syurgaku. Kalau di ruma, ibu bapa berantakkan, anak-anak tidak dipeduli, tidak mendapat kasih sayang yang cukup. Ibu bapa hanya sibuk urusan masing-masing.

“Ibu bapa tidak semak dalam beg sekolah anak ada apa yang ibu bapa tahu, kalau cikgu buat silap datang sekolah marah cikgu. Kemudian saman menyaman sampai ke mahkamah,” katanya.

Beliau turut menyuarakan kebimbangan terhadap perubahan sikap masyarakat terhadap peranan guru dan sekolah dalam mendidik anak-anak.

Katanya lagi, budaya menghormati guru yang dahulunya menjadi asas dalam sistem pendidikan semakin terhakis apabila ibu bapa kini lebih cenderung menyalahkan guru dalam sebarang isu melibatkan anak-anak mereka.

“Jadinya guru-guru akan hilang semangat datang sekolah 8 pagi pukul 2 petang balik. Tidak ada lagi seperti pepatah dulu mengatakan, guru masyarakat pisah tiada. Kalau dulu ibu bapa sangat mengambil berat kepada sekolah, ia mengikat kasih sayang di antara Persatuan Ibu Bapa dan Guru, guru-guru dan anak-anak kita.

“Kita dahulu tengok cikgu terlalu hormat, hormat takut kerana ibu bapa menyerahkan anak ‘didiklah anak saya ini, asalkan jangan pukul patah riuk’ itu dulu, tetapi sekarang mana ada.

“Disebabkan ibu bapa hari ini terlalu manjakan anak, tidak fikirkan apa yang ada dalam beg sekolah anak. Apabila jadi kes bunuh hendak salahkan KPM. Tetapi nilai dan budaya keruntuhan rumah tangga moral adat budaya itu sudah hilang. Kebanyakkan sudah hilang di rumah kita sendiri,” ujar beliau.

Sumber

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram, Youtube, Telegram, TikTok & WhatsApp Channel

Apa Reaksi Anda?

like
dislike
love
funny
angry
sad
wow