Tony Puaka jangan uji kesabaran Melayu!

Merujuk kepada kenyataan Tony Phua bekas Ahli Parlimen Damansara yang menyindir keputusan keputusan Lembaga Pengampunan membabitkan pengurangan hukuman bekas Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak adalah satu perbuatan biadap dan tidak bertanggungjawab.
Sindiran Tony Phua jelas mempersendakan Yang diPertuan Agong dan mempertikaikan kuasa prerogatif Yang DiPertuan Agong selaku Pengerusi Lembaga Pengampunan yang mana kuasa yang diberikan melalui perkara 42 Perlembagaan Persekutuan Kuasa Pengampunan Perlembagaan Persekutuan.
https://www.facebook.com/share/p/Yyb13hT8wpmV1hmQ/?mibextid=qi2Omg
Pengurangan hukuman yang telah diperkenankan oleh Yang di Pertuan Agong melalui Lembaga Pengampunan juga telah melalui proses proses dan memenuhi syarat dan tidak melanggar sebarang undang undang.
Tony Phua adalah ahli politik yang penuh dengan dendam kesumat peribadi dan perseteruan politik. Dalam masa yang sama menggunakan isu pengampunan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mencari publisiti murahan ketika masa depan politik beliau yang semakin kelam kebelakangan ini sebagaimana yang dinyatakan oleh YAB Dato Sri Wan Rosdy Wan Ismail Naib Presiden UMNO Malaysia.
https://www.facebook.com/share/p/Yyb13hT8wpmV1hmQ/?mibextid=qi2Om
Tony Phua sudah terang lagi bersuluh disebalik sindirannya adalah ditujukan kepada Yang DiPertuan Agong dan mempersendakan kuasa yang sah diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan dalam menjalankan tugas sebagai Yang diPertuan Agong.
Tony Phua perlu memohon maaf atas sindiran yang keterlaluannya mempersendakan Yang DiPertuan Agong akan menyebabkan suasana tidak harmoni dalam Kerajaan Perpaduan serta masyarakat terutama orang Melayu yang sentiasa menjunjung tinggi kebijaksanaan Yang DiPertuan Agong dalam menjalankan tugasnya.
Dato Sri Najib adalah Mantan Perdana Menteri yang banyak meninggalkan jasa kepada negara dan kerajaan tetapi apakah jasa Tony Phua ? Beliau hanya ahli politik yang hanya menggalakkan permusuhan dan kebencian dengan kenyataan kenyataan yang tidak sensitif kepada kedudukan istimewa Institusi Raja dan orang orang Melayu yang merupakan penduduk majoriti di negara ini.
Apakah niat Tony Phua disebalik sindirnnya dengan menyentuh keistimewaan Raja Raja Melayu ? Apakah beliau mampu membendung kemarahan orang Melayu Islam yang sukar di padam api kemarahannya bila agama, bangsa dan Rajanya disentuh?
Apakah beliau langsung tidak mengambil iktibar insiden yang berlaku selepas kenyataan Ngeh Koo Ham Ahli Parlimen Beruas yang juga Penasihat DAP Perak yang membuat kenyataan dilihat oleh orang Melayu Islam sebagai campurtangan dalam hal ehwal Islam, Kuasa Raja Melayu sebagai Ketua Agama Islam merujuk cadangan beliau agar pakar undang-undang bukan Islam dimasukkan dalam jawatankuasa khas mengkaji bidang kuasa mahkamah syariah?
Sebagai ahli politik beliau perlu bertanggungjawab di atas kenyataan biadap , publisiti murahan datangnya dari ahli politik murahan yang mempertaruhkan keharmornian yang telah terbina sejak sekian lama.
Tony Phua harus tutup mulut. Dikulum menjadi manikam, dimuntah menjadi sekam. Lebih wajar berdiam diri daripada terus berkata kata supaya konflik dapat dielakkan.
Apa Reaksi Anda?






